web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Pamer Aksi Lagak Ngeri Berpaut Pada Belakang Treler Dikesan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 8:37PM

Polis belum mengenal pasti identiti lelaki yang berpaut pada belakang lori treler berkenaan. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang sedang mengesan seorang lelaki berpaut pada bahagian belakang treler sebelum terjatuh di Jalan Lanchang-Karak, dekat Temerloh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, rakaman dua klip video berdurasi 28 dan 26 saat mempamerkan aksi ‘lagak ngeri’ lelaki itu mula tersebar di laman sosial tengah hari tadi.

“Kita meminta kerjasama pengguna jalan raya dan individu yang merakam video berkenaan untuk tampil membantu kami melakukan siasatan.

“Setakat ini kami belum mengenal pasti identiti lelaki itu dan waktu kejadian terbabit dirakam,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, petang tadi.

Terdahulu, tular klip video pertama berdurasi 28 saat menunjukkan seorang lelaki berpaut pada bahagian belakang sebuah treler yang sedang bergerak sebelum terjatuh di tengah jalan.

Lelaki itu dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian muka dan dibantu pengguna jalan raya yang sedang menggunakan laluan berkenaan.

Klip video terbabit dipercayai dirakam dari sebuah kereta yang berada di belakang treler membawa muatan bahan kimia itu.

Berdasarkan rakaman klip video itu, lelaki terbabit memakai baju-T berwarna kelabu dan seluar pendek biru dengan kasut sukan berwarna kuning.

Penumpang kereta yang dipercayai merakam klip video itu juga cuba memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota Balai Polis Lanchang, Temerloh.

Rakaman klip video kedua berdurasi 26 saat pula menunjukkan muka mangsa berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh dari treler berkenaan dan dibantu pengguna jalan raya yang membawanya berehat di atas kawasan rumput berhampiran jalan terbabit. - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar