web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kami Melompat Untuk Rakyat - Mohamaddin Ketapi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 8:51PM

Mohammadin (tiga dari kiri) ketika merasmikan pesta Kaamatan peringkat DUN N 61 Segama petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dianggap tidak mencerminkan hak kebebasan bersuara di negara ini.

Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan RUU berkenaan.

Katanya, pendirian itu bukan disebabkan keputusan melompat parti yang dibuat sebelum ini, kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira kepentingan rakyat.

“Wakil rakyat berhijrah ke parti lain adalah untuk memperkembangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Negara lain serta Malaysia sendiri bercakap mengenai hak kebebasan dan sebagainya, namun bila kita berhijrah untuk kepentingan rakyat dan negara, dibentang pula undang-undang.

“Jadi ini bermakna kita ini tidak ada kebebasan. Saya tidak setuju kerana kalau pemimpin kita lompat, ia semata-mata untuk rakyat sahaja,” katanya.

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Kaamatan Peringkat DUN Segama, hari ini.

Beliau yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan ADUN bagi Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Dalam pada itu Mohamaddin memberitahu, beliau kini memfokus kepada gerak kerja dan khidmat untuk rakyat.

Katanya, beliau juga tidak mempunyai masalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada tahun ini dan semua keputusan terpulang kepada Perdana Menteri.

“Saya juga akan mempertimbangkan soal pencalonan jika menerima permintaan tinggi dan kondisi kesihatan mengizinkan,” katanya. - Getaran, 8 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Rang Undang-Undang Larang Ahli Parlimen Bertukar Parti Demi Kestabilan Politik - Wan Junaidi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi