web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Larang Ahli Parlimen Bertukar Parti Demi Kestabilan Politik - Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 5:58PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu ini adalah demi kestabilan politik negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan undang-undang itu adalah langkah terbaik oleh kerajaan dalam mengelakkan negara berdepan krisis politik. 

“Tidak sekali-kali (rang undang-undang ini dibuat) untuk menghalang orang mengamalkan demokrasi dalam Parlimen itu sendiri, (antara) tujuannya adalah mencerminkan kepada rakyat Ahli-Ahli Parlimen itu tidak berbuat sesuka hati sahaja dan (mereka) mesti ada prinsip. 

“(Selain itu) yang penting sekali adalah hasrat rakyat untuk melantik seseorang itu untuk kekal mewakili kepentingan rakyat dan negara, itu sahaja dan dengan adanya undang-undang ini, kita berharap perkara itu (ketidakstabilan politik) tidak berlaku,” katanya kepada Bernama. 

Beliau turut merujuk beberapa negara yang mempunyai peruntukan undang-undang dalam menangani isu lompat parti termasuk United Kingdom, India, Singapura dan New Zealand. 

Wan Junaidi berkata tujuan kerajaan mengadakan rang undang-undang itu juga adalah bagi menangani kemelut pertukaran kerajaan akibat wakil rakyat yang bertukar parti atas tujuan politik dan peribadi.

“Tujuan kita supaya mengelakkan jangan berlaku (lagi) kerajaan (persekutuan) bertukar sampai tiga kali (dalam) satu penggal.

“Ini menjejaskan kestabilan dan dalam masa yang sama, kerajaan berdepan masalah ekonomi, penyakit (COVID-19) dan pelbagai lagi serta masalah orang ramai kesan (pasca) COVID-19 tetapi masa itu juga, (ada sesetengah) pihak gila berpolitik,” katanya sambil menambah menjelang pembentangan rang undang-undang itu, beliau akan mengadakan sesi libat urus pada 25 Julai membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan 26 Julai bagi Ahli Parlimen pembangkang. 

“Saya sudah cuba yang terbaik, saya dah jumpa semua pemimpin, saya dah hantar surat kepada semua Ahli Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri… (saya sebagai) Menteri di Jabatan Perdana Menteri memohon semua untuk hadir bagi pembentangan rang undang-undang ini,” katanya ketika ditanya mengenai jangkaan sokongan Ahli Parlimen terhadap rang undang-undang itu.

Beliau berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Pada 14 Julai lepas, Wan Junaidi memaklumkan Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Beliau berkata pembentangan dan perbahasan rang undang-undang itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang. - Bernama

TAG: wan junaidi tuanku jaafar, rang undang-undang, tukar parti, dewan rakyat, parlimen, politik

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar