web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Kota Kembali Pulang, Lebuh Raya Mulai Sesak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 11:04AM

Keadaan di Simpang Pulai menyaksikan peningkatan aliran trafik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa lebuh raya mula mengalami peningkatan aliran trafik sehingga menyebabkan kesesakan, susulan kepulangan warga kota selepas sambutan Aidilfitri di kampung halaman.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, aliran trafik menghala ke ibu negara di Lebuhraya Selatan (PLUS-E1) dan Lebuhraya Karak (E8) dilaporkan tinggi setakat jam 8 pagi tadi, ekoran pergerakan orang ramai ke ibu kota.

Menerusi kemas kini terbaharu di Twitter, jurucakap LLM memaklumkan, aliran trafik di lebuh raya mulai sesak seawal jam 8.45 pagi bagi Lebuh Raya Karak dan 8.53 pagi untuk Lebuh Raya PLUS.

Menurut ciapan di Twitter LLM, aliran trafik dilaporkan tinggi di Lebuh Raya Karak laluan arah barat, sejauh 12.7 kilometer (km) sebelum masuk Plaza Tol Bentong-Bukit Tinggi.

“Di Selatan PLUS melaporkan aliran trafik juga tinggi di laluan Tapah-kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah sejauh 4.7km.

“Trafik tinggi turut dilaporkan di Hentian Sebelah Ladang Bikam-Sungkai sejauh 1.7 km,” katanya.

Justeru itu, LLM melalui laman Twitter menasihati agar pemandu berhati-hati serta merancang perjalanan untuk pulang ke ibu kota.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - Getaran, 8 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alphard Tersepit, Salah Siapa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PLUS Komited Capai Sifar Bersih Karbon Menjelang 2050

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad