web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Aidilfitri Di Seri Perdana Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 10:39AM

Orang ramai mengambil kesempatan bergambar di Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Seri Perdana hari ini. - Gambar oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Selepas dua tahun tidak dapat diadakan dek pandemik COVID-19, Seri Perdana hari ini kembali dibuka kepada ribuan jemputan dan pengunjung pelbagai latar belakang untuk meraikan Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022.

Majlis itu adalah majlis rumah terbuka pertama dihoskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan barisan Kabinet beliau.

Kali terakhir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri diadakan adalah pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.

Jika kebiasaannya majlis rumah terbuka perdana menteri dan anggota jemaah menteri diadakan pada 1 Syawal, tahun ini ia diadakan pada 7 Syawal yang jatuh pada 8 Mei selaras dengan keprihatinan Ismail Sabri sendiri yang mahu rakyat memanfaatkan peluang pulang ke kampung meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara sebelum meraikan mereka pada majlis rumah terbuka di Seri Perdana.

Dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’, Ismail Sabri dan anggota jemaah menterinya akan menyantuni dan meraikan para pengunjung yang dianggarkan lebih 70,000 orang dengan latar belakang konsep suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa.

Orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Seri Perdana hari ini. - Gambar oleh Qistina Nadia Dzulqarnain
Orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Seri Perdana hari ini. - Gambar oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Majlis dijadualkan berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang dan pelancong asing yang berada di negara ini setelah sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas turut dialu-alukan kehadiran mereka.

Bagi kemudahan pengunjung menghadiri majlis rumah terbuka tersebut, perkhidmatan bas percuma disediakan di tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra untuk ke Seri Perdana.

Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi tersebut untuk menaiki perkhidmatan bas yang disediakan Perbadanan Putrajaya yang akan menggerakkan 16 unit bas bermula 9 pagi hingga 7 malam dengan kekerapan setiap 15 minit.

Terdapat dua khemah di Laman Sari iaitu tapak majlis rumah terbuka itu berlangsung, satu merupakan khemah utama yang boleh memuatkan hampir 3,000 pengunjung pada satu-satu masa, dan sebuah lagi khemah besar boleh memuatkan 2,000 orang.

Pengunjung berpeluang merasai lebih 40 hidangan tradisional yang disediakan berkonsepkan layan diri serta dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh artis Istana Budaya.

Sebanyak 20 khemah turut disediakan di luar Kompleks Seri Perdana bagi pengunjung yang berbaris dan menunggu giliran untuk masuk ke majlis serta kemudahan ‘buggy’ untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas turut disediakan.

Sebagai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, pengunjung digalakkan memakai pelitup muka dalam kawasan tertutup dan melakukan penjarakan fizikal jika tidak memakai pelitup muka.

Seramai 200 petugas akan terlibat bagi memastikan kelancaran majlis dan pematuhan SOP antaranya daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar