web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kesesakan Lalu Lintas Perayaan Jika Wujud Perancangan Jangka Panjang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 1:29PM

Ismail Sabri beramah mesra dengan orang ramai pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, Pahang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Isu kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan boleh diatasi jika Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mempunyai perancangan jangka panjang. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun beliau percaya tiga pihak terbabit sudah mempunyai pelan bagi mengatasi masalah berkenaan, ia dilihat masih belum berjaya mengatasi isu itu. 

“Untuk masa depan saya percaya pihak Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya, LLM pasti ada perancangan jangka panjang (untuk mengatasi kesesakan lalu lintas). 

“Tapi tanggungjawab menjaga keselamatan diri terletak kepada kita juga. 

“Saya harap dan saya percaya hari ini dan esok, ramai akan pulang ke rumah masing-masing, ke Kuala Lumpur dan di mana-mana saja, Isnin mula kerja, jadi berhati-hatilah memandu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di Laman Kerayong, di sini, hari ini. 

Turut sama, isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin. 

Kira-kira 40,000 penduduk pelbagai bangsa, termasuk masyarakat Orang Asli di sekitar Bera dan seluruh Pahang hadir pada majilis berkenaan.

Sebanyak 31 gerai dengan pelbagai juadah, antaranya lemang, ketupat palas, nasi dagang dan apam balik disediakan untuk pengunjung dalam majlis bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang masa bagi mengelak kemalangan atau kejadian tidak diingini. 

“Jika penat atau mengantuk, berhenti dulu, tidur sekejap dalam kereta dan bila hilang mengantuk, barulah teruskan perjalanan. 

“Jangan paksa diri untuk cepat sampai, bagi saya kita perlu disiplinkan diri ketika bawa kereta, sentiasa jaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya. - Getaran, 7 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad