Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKM Siasat Gejala Hepatitis Akut Dialami Kanak-Kanak Lelaki Di Sabah 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 1:58PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun 11 bulan di Sabah disyaki mengalami gejala ‘Hepatitis Akut Yang Tidak Diketahui Penyebabnya’ pada Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kanak-kanak terbabit mengalami gejala jaundis, demam, kurang selera makan, loya dan muntah.

Katanya, fungsi hepar kanak-kanak itu semakin merosot sehingga memerlukan transplantasi hepar pada 30 Mac lalu di sebuah hospital di Lembah Klang.

Namun beliau berkata, kanak-kanak itu dibenarkan keluar hospital pada 21 April lalu dalam keadaan sihat.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak ini tidak mempunyai sejarah penyakit lain selain jangkitan SARS-CoV-2. 

“Siasatan masih lagi dijalankan untuk menentukan sama ada kes ini memenuhi kriteria ‘Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya’,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan kes itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mempertingkatkan survelan bagi hepatitis akut di semua klinik kesihatan dan hospital dengan menggunakan definisi kes dipersetujui pakar perubatan klinikal serta kesihatan awam. 

Malah katanya, protokol rujukan dan pengurusan kes tersebut sedang dibangunkan. 

“Dalam pada itu, pengamal perubatan di Klinik Kesihatan kerajaan dan swasta diminta untuk merujuk kanak-kanak berumur satu bulan hingga kurang dari 18 tahun yang menunjukkan gejala jaundis dan gejala lain hepatitis akut seperti hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan atau air kencing berwarna gelap ke hospital untuk pengurusan kes selanjutnya. 

“Ibu bapa ataupun penjaga kepada kanak-kanak yang mengalami gejala berkaitan hepatitis akut juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KKM akan terus memantau situasi kejadian kes tersebut dalam kalangan kanak-kanak dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa mengenainya.

Pada 23 April lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui WHO Event Information Site (EIS) melaporkan kejadian ‘Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya’ pada kanak-kanak berumur antara satu bulan hingga 16 tahun. 

Sehingga 21 April lalu, WHO menerima pelaporan sebanyak 169 kes melibatkan 12 buah negara.

United Kingdom mencatatkan kes tertinggi sebanyak 114 dengan kes turut dilaporkan di Sepanyol, Israel, Amerika Syarikat, Denmark, Ireland, Itali, Belanda, Perancis, Norway, Belgium dan Romania. 

Setakat ini hanya satu kematian dilaporkan. 

Kejadian hepatitis akut yang dilaporkan itu dikategorikan sebagai ‘Hepatitis Akut Yang Tidak Diketahui Penyebabnya’ kerana penyebab lazim hepatitis seperti virus hepatitis A, B, C, D atau E tidak dikesan melalui ujian makmal.

Selain itu, WHO melaporkan sebanyak 74 dari 169 kes dilaporkan dikesan positif Adenovirus dan 20 kes didapati positif SARS-CoV-2.

Bagaimanapun penyebab hepatitis akut berkenaan belum dapat ditentusahkan dan masih dalam siasatan dengan dianggarkan 10 peratus daripada 169 kes dilaporkan memerlukan transplantasi hepar. - Getaran, 6 Mei 2022
 

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 7 jam yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran