web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Selamat 18: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 11:42AM

Supt Mohd Mahiri Hussin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan pada 29 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah Mohd Mahiri Hussinberkata daripada jumlah itu, sebanyak 9,413 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala bakinya atas pelbagai kesalahan lain.

“Jumlah kemalangan di negeri ini dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 adalah sebanyak 660 kes dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 135 kes berbanding tempoh yang sama pada Op Selamat 15/2019.

“Jumlah kes kemalangan maut adalah sebanyak sembilan kes, kecederaan parah (5 kes) dan kecederaan ringan sebanyak 42 kes,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata sembilan kes kemalangan maut itu melibatkan lima penunggang motosikal, satu pembonceng, satu pemandu lori, satu penumpang kereta dan satu pejalan kaki.

“Kes kemalangan maut banyak melibatkan penunggang motosikal, jadi saya ingin memberi peringatan kepada penunggang motosikal supaya jangan berlumba dan membawa motosikal secara berbahaya kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Pengguna jalan raya yang lain juga dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan berhati-hati serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelak dari kemalangan mahupun dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad