web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kesan Pemandu MPV Lakukan Provokasi, Guna Laluan Kecemasan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 4:41PM

Polis sedang mengesan kereta Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya di KM 25.1 hingga KM27.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Genting Sempah. - Gambar ihsan Polis Daerah Gombak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang berusaha mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM27.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Genting Sempah, di sini, 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi dua minit 25 saat, memaparkan MPV tersebut dipandu secara berbahaya seperti yang tular di Facebook, hari ini.

Menurutnya, MPV itu didapati cuba memotong barisan menggunakan lorong kecemasan dan perbuatan tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka kenderaan lain.

“Pemandu MPV itu juga didapati menghalang laluan kenderaan lain dengan menekan brek secara mengejut dan menyerongkan kenderaannya dengan niat melakukan provokasi," katanya hari ini.

Zainal Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Hasil semakan saman ke atas MPV berkenaan turut mendapati terdapat 56 saman terdahulu yang masih belum dijelaskan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut meminta pemilik rakaman kamera papan pemuka (dash camera) tersebut untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi memberi keterangan.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," katanya. - Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad