web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayuan BKM Dibuka Sebulan Mulai 2 Mei

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 6:09PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rayuan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian bermula 2 Mei ini.

“Selain itu, penghantaran borang rayuan BKM 2022 secara manual di cawangan, Pejabat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH), Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau LHDN berhampiran,” katanya hari ini.

Menurut beliau, setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember ini.

Katanya, setakat ini hampir RM2 bilion bantuan Fasa 1 BKM disalurkan kepada hampir sembilan juta penerima B40 di seluruh negara pada Mac lalu.

“Bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula akan dibuat pada Jun depan.

“Kerajaan kekal komited untuk memastikan bantuan diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya. - Getaran, 30 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bantuan BKM Dinaikkan Sehingga RM2,500, Tertinggi Setakat Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bajet 2023: Pakar Ekonomi, Pemimpin Belia Syorkan…

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Mana Bantuan Untuk M40, PKS Ketika Subsidi Ditarik?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tambahan Tunai BKM Tidak Bantu Golongan Sasar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar