web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mana Bantuan Untuk M40, PKS Ketika Subsidi Ditarik?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 9:09PM

Lim Guan Eng - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan seharusnya tidak mengabaikan  golongan M40 di sebalik bantuan disalurkan kepada kumpulan B40, susulan kenaikan kos sara hidup dan penarikan subsidi beberapa barangan keperluan asas ketika ini.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan perlu memberikan sedikit bantuan dengan mengambil kira bahawa seperti mereka yang berada dalam kategori B40, ramai M40 membelanjakan lebih daripada 25 peratus pendapatan mereka untuk makanan.

“Isi rumah B40 berpendapatan sehingga RM4,850 sebulan mendapat sedikit bantuan kewangan daripada kerajaan untuk mengatasi pemansuhan subsidi dengan RM100 setiap isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

 

Di Mana Bantuan Untuk Kumpulan M40 Apabila Subsidi Minyak Masak, Ayam Dan Telur Ditarik? Isi rumah B40 berpendapatan...

Posted by Lim Guan Eng on Friday, July 1, 2022

“Untuk M40, mereka tidak mendapat apa-apa. Jangan sampai kita lupa pendapatan rakyat Malaysia turut terhakis oleh kemerosotan mendadak nilai ringgit ke paras terendah dalam sejarah, berbanding Dolar Singapura dan Amerika Syarikat (AS), iaitu dua daripada tiga rakan dagangan terbesar negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Guan Eng berkata, kemelesetan ekonomi dan pandemik COVID-19 sejak 2020 menyebabkan lebih 580,000 isi rumah M40 ‘tergelincir’ kembali ke dalam B40.

Katanya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga menghadapi masalah sama kerana tidak mendapat bantuan mencukupi daripada kerajaan untuk menampung kenaikan harga.

Beliau berkata, kos PKS ditambah kekurangan buruh yang ‘teruk’ adalah disebabkan ketidakcekapan Menteri dan birokrasi kerajaan.

“Mengapa perlu menambah kesusahan kepada PKS, sedangkan kekurangan tenaga buruh yang teruk ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kuasa Menteri?

“Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengkhianati tanggungjawab mereka untuk membantu kedua-dua M40 dan PKS,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bayaran tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan B40, masing-masing bernilai RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang, mulai 27 Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penambahan itu diberikan selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang keperluan asas makanan sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, bayaran Fasa 2 BKM membabitkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bantuan itu akan menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan masing-masing. – Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad