web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hati-Hati Balik Kampung, Jangan Undang Penjenayah Ke Rumah - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 3:14PM

Kamal Affendi Hashim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi pastinya menjadi memori terindah buat seluruh umat Islam di negara ini, selepas dua tahun terkurung akibat dibadai pandemik COVID-19.

Kehadiran 2022 bagaimanapun membuka lembaran baharu apabila kerajaan mula mengendurkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, sekali gus memberi nafas lega kepada seluruh masyarakat.

Sambutan hari raya kali ini pastinya sangat dinantikan warga kota untuk pulang ke kampung malah ada di antara mereka sudah pun mengambil cuti panjang bagi meraikannya bersama sanak saudara.

Namun di sebalik kegembiraan untuk meraikan Aidilfitri, masyarakat diingatkan bahawa kediaman yang ditinggalkan tanpa kawalan keselamatan boleh mengundang tragedi kepada keluarga.

Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, berdasarkan kes-kes lalu, musim perayaan adalah antara waktu paling tinggi mencatatkan kejadian pecah rumah terutamanya di kawasan bandar.

Katanya, hal itu terjadi berikutan pemilik kediaman pulang ke kampung tanpa mengambil kira soal keselamatan rumah mereka sebelum ditinggalkan.

“Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh pemilik kediaman terutamanya rumah teres dan banglo, untuk mengelakkan penjenayah memecah masuk ketika mereka tiada di rumah.

“Antaranya mereka boleh memasang aksesori keselamatan di sekeliling rumah seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera keselamatan,” katanya kepada Getaran di sini.

Kamal Affendi bagaimanapun memberitahu, beliau lebih mengesyorkan pemilik rumah untuk memasang alat pengunci ‘deadbolt’ bagi menambah ciri keselamatan di kediaman kerana ia tidak boleh dibuka menggunakan pengumpil atau kunci pendua.

Beliau berkata, berdasarkan modus operandi pecah rumah yang dilaporkan sebelum ini, penjenayah biasanya mensasarkan rumah atas tanah disebabkan kurangnya ciri keselamatan berbanding unit pangsapuri dan kondominium.

“Kebiasaannya, penjenayah akan memecah masuk sesebuah rumah itu dengan dua cara iaitu bumbung atau pintu, jadi dengan adanya beberapa ciri keselamatan tambahan ia pastinya menyukarkan mereka buat ‘kerja’,” katanya.

Beliau juga mengingatkan supaya orang ramai untuk jangan meninggalkan sebarang petunjuk bahawa sesebuah kediaman itu tidak berpenghuni seperti meninggalkan rumah tanpa menutup lampu atau membiarkan barangan elektronik seperti radio berputar secara berterusan.

Tuan rumah juga katanya, ‘dilarang’ menyusun kasut atau selipar di luar rumah sebelum meninggalkan kediaman kerana ia juga satu petunjuk kepada penjenayah.

“Mereka (pemilik) mungkin fikir ia adalah taktik untuk menghalang penjenayah masuk ke rumah namun bagi penjenayah ia adalah petunjuk bahawa kediaman tersebut tidak berpenghuni.

“Sebaliknya, pemilik boleh mengambil kira untuk memasang lampu tetapan masa di dalam dan luar rumah kerana ia adalah antara langkah berkesan mengurangkan risiko kecurian,” katanya.

Kamal Affandi berkata, pemilik juga disarankan untuk mengambil insurans isi rumah supaya tidak menanggung kerugian besar jika berlaku kes kecurian di kediaman masing-masing.

“Pemilik juga wajib melaporkan kepada polis sebelum pulang ke kampung bagi membolehkan pihak berkuasa meningkatkan kekerapan rondaan di rumah mereka sekali gus mengurangkan risiko menjadi sasaran penjenayah,” katanya. - Getaran, 30 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad