web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan Pasport Meningkat 40 Peratus Sejak Sempadan Dibuka, STO Dimansuh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 5:28PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (JIM) memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) di semua pejabat pengeluar Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di luar Lembah Klang bermula 9 Mei ini.

Manakala bagi Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka, ia dimansuhkan mulai 16 Mei.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pemansuhan itu susulan kesesakan disebabkan peningkatan permohonan dokumen perjalanan antarabangsa itu.

“Pemohon yang menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei 2022 tidak perlu lagi mematuhi tarikh diberikan.

“Semua pejabat pengeluar pasport akan memanjangkan waktu pengoperasian dan kaunter bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan serta pembaharuan PMA,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei.

Jelasnya, waktu pengoperasian kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru turut dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, secara purata permohonan harian PMA di seluruh negara mencecah 8,000 unit, meningkat kira-kira 40 peratus, berbanding sebelum pembukaan sempadan.

“Jabatan Imigresen menerima sehingga 8,000 permohonan pasport antarabangsa Malaysia dalam masa sehari. 

“Manakala, sebanyak 151,173 PMA dikeluarkan di seluruh negara sejak pembukaan sempadan pintu negara,  dari 1 April hingga 26 April,” ujarnya.

Menurut beliau, kesulitan dihadapi rakyat Malaysia semasa proses permohonan dan memperbaharui PMA berpunca daripada peningkatan mendadak dokumen itu, hingga menyebabkan berlakunya kesesakan dalam STO.

Pada masa sama, Khairul Dzaimee memaklumkan, pihaknya menyediakan perkhidmatan permohonan pasport antarabangsa tanpa perlu melalui STO.

“Seperti di Putrajaya di bawah kategori baharu, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang bakal menunaikan haji yang mana boleh terus hadir ke kaunter.

“Bagaimanapun, bagi permohonan pembaharuan PMA, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan dibuat dalam talian dan hanya pemohon menerima notifikasi melalui emel akan diberi perkhidmatan,” katanya. - Getaran, 29 April 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad