web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlis Benarkan Jemaah Rapatkan Saf Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 12:30PM

Perlis benarkan jemaah rapatkan saf ketika solat di semua masjid mulai esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Bermula esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka."

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.

"Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain daripada mereka, perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti ditetapkan dalam SOP," titah baginda dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah kebenaran itu turut terpakai untuk semua aktiviti pengimarahan sama ada Solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu termasuk solat Tarawih dan kuliah pengajian di semua masjid dan surau asrama sahaja manakala pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh negeri Perlis masih tidak dibenarkan.

Pada masa sama, baginda mengingatkan seluruh rakyat agar sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang dibenarkan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran