web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Catat Purata 5 Kes Kebakaran Rumah Sehari Sepanjang Ramadan - Bomba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 1:25PM

Norazam Khamis - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor merekodkan purata lima kes kebakaran rumah sehari sejak awal Ramadan ini, yang dipercayai berlaku atas faktor kecuaian dan kejadian litar pintas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakan kes kebakaran di rumah berlaku, kerana penghuninya terlupa untuk menutup api dapur gas selepas memasak dan ketika memanaskan semula makanan, serta tidak menutup suis peralatan elektrik selepas digunakan.

“Jadi saya ingin menasihatkan masyarakat sebelum balik kampung untuk berhari raya nanti, pastikan punca-punca elektrik dimatikan, kerana kadang-kadang kita terlupa ada peralatan elektrik yang sentiasa diletakkan di dalam mod sedia,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Musim Perayaan, di sini hari ini.

Selain itu beliau menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati menggunakan lampu-lampu hiasan raya memandangkan terdapat lampu yang dijual di pasaran tidak mendapat kelulusan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM).

Dalam pada itu, Norazam berkata hanya seramai 20 peratus daripada lebih 1,600 pegawai dan anggota Bomba di Selangor dibenarkan bercuti pada musim Hari Raya Aidilfitri ini.

“Untuk musim perayaan kali ini, kita memberi tumpuan kepada sembilan kawasan ‘hot spot’ di Selangor yang sering berlaku kemalangan dan juga meminta semua balai-balai untuk melakukan rondaan bagi memberikan bantuan seawal mungkin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad