web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saman Pengguna Ketika Raya, Zaid Ibrahim Selar PDRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 12:58PM

Datuk Zaid Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Ini hari raya tuan IGP (Ketua Polis Negara).”

Itu reaksi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim terhadap kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain bahawa individu memiliki waran tangkap akan dibawa ke balai manakala pemilik saman tertunggak akan diminta menjelaskan saman mereka.

Tindakan itu, menurutnya akan dilaksanakan sepanjang Op Selamat bermula 29 April hingga 8 Mei depan.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Zaid mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu melaksanakan tindakan tersebut ketika musim perayaan.

“Setiap kali musim perayaan, apabila pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan yang teruk, ketika itu polis membuat sekatan jalan.

“Berapa banyak hukuman yang mesti ditanggung pengguna jalan raya ini? Tidak bolehkah saman mereka di pos atau cari masa lain untuk tahan mereka? Ini hari raya tuan IGP (Ketua Polis Negara),” ciapnya.

Selasa lalu, media memetik Razarudin sebagai berkata, individu yang memiliki waran tangkap akan dibawa ke balai polis berhampiran, manakala yang memiliki saman tertunggak pula akan diminta menjelaskan saman mereka sepanjang 10 hari Op Selamat dilaksanakan.

Katanya lagi, polis juga akan mengoptimumkan penggunaan alat pengesanan had laju ‘In-Car Radar’ di sepanjang lebuh raya dan jalan raya utama sepanjang Op Selamat itu.

“Alat ‘In-Car Radar’ ini akan membolehkan semua kereta peronda polis mengesan mana-mana kenderaan yang terbabit dalam kegiatan jenayah serta pemilik yang memiliki rekod jenayah dikehendaki polis.

“Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menggunakan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik pada operasi kali ini,” katanya. - Getaran, 28 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Video & Galeri 21 jam yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad