web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Letupan Mercun, Polis Terima 7 Laporan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 3:07PM

ACP Beh Eng Lai - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menerima tujuh laporan berhubung letupan dalam kawasan stor simpanan rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, kesemua laporan tersebut membabitkan kerosakan harta benda.

“Kita telah menerima tujuh laporan berhubung kejadian letupan mercun tersebut, dengan kesemua laporan itu melibatkan kerosakan harta benda dan tiada kecederaan baharu dilaporkan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, polis percaya kejadian itu berpunca daripada geseran jentolak yang digunakan untuk melupuskan barang kes.

“Apabila jentolak melupuskan barang kes atau mercun, mungkin berlaku sedikit pergeseran dengan tanah atau pasir yang menyebabkan haba.

“Setelah barangan kes dikumpulkan di dalam tong sampah RORO (Roll On Roll Off) yang digunakan untuk menempatkan sisa pelupusan, haba daripadanya mungkin membakar secara perlahan,” jelasnya.

Eng Lai berkata, jumlah sebenar kerugian belum ditaksirkan dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Sebanyak 18 kereta dan dua buah lori juga telah mengalami kerosakan akibat letupan tersebut. Anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Siasatan di tempat kejadian juga masih lagi dijalankan Forensik Bomba Kuala Lumpur untuk mengenal pasti punca letupan,” ujarnya.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes dilakukan mengikut perintah mahkamah iaitu melupus dengan cara menggilis menggunakan jentolak dan siraman air, sebelum ditanam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Sentul di talian 03-40482206 untuk membantu siasatan,” katanya.

Media semalam melaporkan, penduduk di sekitar Sentul gempar selepas satu letupan berlaku di sebuah tapak pelupusan di sini.

Insiden berkenaan terjadi ketika proses pelupusan 1,059 kotak dan 35 guni mercun pelbagai jenis bernilai RM4.1 juta yang diseludup masuk untuk pasaran Aidilfitri. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek