web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Perempuan Tipu Diragut Elak Didenda Hilang Kad Pengenalan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 8:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu mengelak daripada didenda kerana hilang kad pengenalan, seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan palsu mendakwa dia diragut.

Remaja berusia 18 tahun itu mendakwa diragut di Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong, Puchong  oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal semasa berjalan kaki.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A  Anbalagan berkata hasil siasatan mendapati remaja tersebut membuat laporan palsu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Remaja tersebut telah dituduh hari ini di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Anbalagan berkata pihaknya menerima 14 kes laporan palsu dengan 12 kes telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan pada tahun lepas.

Katanya sebanyak tiga kes melibatkan laporan palsu diterima pihaknya tahun ini dengan dua sudah dituduh di mahkamah.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak membuat laporan polis palsu dengan mengambil jalan mudah bagi mengelakkan diri daripada dikenakan denda,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 29 minit yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

2

Semasa 7 jam yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

3

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

4

Semasa 2 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad