web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Niat Pulang Beraya, Disambut Jenazah Ibu Di Tanah Perkuburan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 9:25PM

Ratnah (kanan) tidak dapat menahan sebak sebaik membuka kain kapan yang membaluti jenazah ibunya di Tanah Perkuburan Orang Islam Pasir Putih. - Tangkap layar dari video di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Selepas lebih dua tahun tidak pulang beraya akibat pandemik COVID-19, sudah tentu ramai perantau teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman tahun ini.

Namun, berbeza pula dengan seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta, Ratnah Muhammad Yunus, 35, apabila kegembiraannya pulang ke Tawau, Jumaat lalu, disambut dengan berita pemergian ibu tercinta Rohana Hative, 56 ke Rahmatullah.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Ratnah yang baru saja tiba dari lapangan terbang berlari di Tanah Perkuburan Orang Islam Pasir Putih untuk melihat jasad ibunya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Menerusi rakaman tersebut, kehadiran Ratnah disambut adik beradiknya yang lain sebelum dia dengan terketar-ketar membuka kain putih yang membalut jenazah ibunya.

Ketika dihubungi Getaran, Ratnah berkata, dia tidak pernah menjangka kepulangan raya tahun ini berakhir dengan pemergian insan tersayang.

"Saya sekeluarga memang merancang untuk pulang ke Taman Semarak tahun ini bagi menyambut Aidilfitri.

"Saya sudah membeli tiket penerbangan lebih awal dan dijadualkan pulang Jumaat lalu bersama suami dan tiga anak," katanya.

Ratnah tidak dapat menahan sebak melihat jenazah ibunya sebaik pulang ke Tawau. - Tangkap layar dari media sosial
Ratnah tidak dapat menahan sebak melihat jenazah ibunya sebaik pulang ke Tawau. - Tangkap layar dari media sosial

Pemergian ibu pada hari sama ketibaannya di kampung halaman menyebabkan Ratnah begitu sukar menerima hakikat. 

"Malah ketika berlari menuju ke dalam kawasan tanah perkuburan, saya masih berdoa dan berharap jasad yang bakal dikebumikan itu adalah milik orang lain, bukan ibu.

"Sehinggalah ketika kain kafan dibuka dan melihat wajahnya, barulah saya menerima hakikat bahawa insan yang amat dikasihi ini sudah pergi menghadap Ilahi,” katanya.

Biarpun bersedih, Ratnah tetap bersyukur kerana ibunya meninggal dunia pada hari Jumaat, sepuluh hari terakhir Ramadan tahun ini.

"Ketika kali terakhir menatap wajahnya, saya melihat paras ibu yang amat tenang, seolah-olah sedang tersenyum," katanya 

Sementara itu, kakak Ratnah, Haslina Muhammad Yunus, 36 memberitahu, ibunya tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya sehinggalah diserang demam pada 18 April lalu.

"Ibu kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau.

"Bermula di zon kuning, ibu kemudian dimasukkan ke zon merah wad kecemasan, sebelum diberi alat bantuan pernafasan," katanya, sedih.

Menurut Haslina, pihak hospital memaklumkan ibunya mengalami jangkitan kuman dalam darah, degupan jantung yang terlalu laju dan tahap oksigen berkurangan sebelum menghembuskan nafas terakhir. - Getaran, 25 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad