web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pahang Tawar Sijil Profesional Pada Kakitangan Kerajaan Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 4:22PM

Wan Rosdy menyampaikan cenderahati kepada peserta program profesional penjawat awam Pahang di UnipSAS, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pahang menjadi negeri pertama menawarkan sijil profesional melalui program profesional pentadbiran awam kepada kakitangan kerajaan negeri yang sedang berkhidmat.

Program itu membabitkan pejabat setiausaha kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengenalan program berkenaan adalah bagi meningkatkan kualiti penjawat awam kerajaan Pahang di samping mendedahkan mereka kepada pelbagai ilmu baharu.

"Cetusan idea memperkenalkan program ini adalah dari pejabat setiausaha kerajaan negeri yang sangat komited untuk menjadikan sektor (penjawat) awam Pahang berprestasi tinggi, mempunyai integriti dan cekap.

"Hasil (idea) kemudiannya dibincangkan dan diluluskan mesyuarat EXCO dan kita wujudkan Pusat Latihan Negeri Pahang di UnipSAS bagi tujuan (menawarkan) kursus ini kepada penjawat awam lantikan baharu. Bagi sesi pertama, seramai 156 penjawat awam kerajaan Pahang mengikuti program ini dan semuanya berjaya melengkapkan jadual (kursus) ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Naib Canselor UnipSAS, Profesor Madya Datuk Dr Zawavi Zainal Abidin.

Semua penjawat awam yang mengikuti program terbabit perlu melengkapkan 90 jam bagi waktu pengajian merangkumi tiga komponen iaitu professionalisme, pembinaan modal insan dan pengajian Islam.

Wan Rosdy memaklumkan, penambahbaikan bagi program itu akan dilakukan dan perbincangan lanjut juga perlu dibuat bagi meningkatkan lagi kualiti program berkenaan.

"Tadi pun Profesor (Madya Dr) Zawavi ada memberitahu saya (mengenai) cadangan untuk menawarkan program ini di peringkat diploma dan ijazah pada masa akan datang.

"Perkara ini perlukan perbincangan lebih teliti dan saya fikir ia adalah cadangan yang bagus," katanya.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat sekurang-kurangnya 30 peratus daripada penjawat awam yang menerima sijil hari ini, dapat meneruskan pengajian mereka ke peringkat seterusnya.

Sijil profesional penjawat awam biasanya dikeluarkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan majlis konvokesyen di UnipSAS hari ini menyaksikan Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia menawarkan sijil profesional kepada kakitangan kerajaan negeri. – Getaran, 25 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad