web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siasat ASP Rakam Serbuan Di TikTok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 11:16AM

JIIPS Bukit Aman telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pegawainya kerana membuat rakaman secara langsung di TikTok ketika melakukan serbuan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman membuka kertas siasatan terhadap seorang pegawai, susulan tindakannya membuat rakaman secara langsung di aplikasi TikTok ketika melakukan serbuan.

Pengarahnya, Datuk Azri Ahmad, berkata siasatan dilakukan susulan arahan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain yang mahu pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu disiasat.

Menurutnya, JIPS akan memanggil pegawai terbabit dan saksi di lokasi rakaman untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kita baru menerima arahan untuk menyiasat tindakan pegawai terbabit kerana tindakannya dikatakan menjatuhkan imej pasukan (Polis Diraja Malaysia).

“Kita juga akan meneliti semua arahan semasa dikeluarkan PDRM berhubung penggunaan media sosial ketika bertugas bagi menentukan pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pegawai berkenaan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut Azri lagi, pihaknya akan meneliti semula rakaman video secara langsung dibuat pegawai tersebut bagi mengetahui lebih lanjut apa kandungan rakaman berkenaan terutamanya ucapan dan sebagainya.

“Siasatan hanyalah menjurus kepada salah laku tatatertib kerana setakat ini kita mendapati tiada pelakuan jenayah berhubung tindakan tersebut.

“Kita akan melihat sejauh mana kesalahan yang dilakukan pegawai tersebut supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.

Semalam, tular di media sosial seorang pegawai polis wanita berpangkat ASP membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika serbuan sedang dijalankan.

Video berdurasi seminit 38 saat itu dipercayai dirakam sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan bersama beberapa pegawai dan anggota lain.

Pada Ogos 2020, PDRM pernah mengeluarkan arahan melarang pegawai dan anggotanya memuat naik perkongsian peribadi semasa berpakaian seragam di platform media sosial.

Dalam larangan berkenaan, Bukit Aman memandang serius tindakan pegawai dan anggotanya merakam, memuat naik video tarian dan lain-lain aksi semasa berpakaian seragam menerusi platform media sosial seperti Youtube, Whatsapp, TikTok dan aplikasi lain bagi tujuan untuk menarik perhatian dan mendapat tontonan yang tinggi oleh masyarakat dan netizen.

Dalam perkara sama, tujuan larangan itu dikeluarkan adalah bagi mengelak persepsi negatif dan mengundang pelbagai kritikan yang boleh menjatuhkan imej PDRM.

Tabiat atau aktiviti memuat naik video tidak wajar dilakukan pegawai atau anggota polis semasa berpakaian seragam kerana ia adalah kebanggaan pasukan dan harus digunakan mengikut peraturan ditetapkan. – Getaran, 25 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam