Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kos Haji Dikhuatiri Terus Meningkat, Kaji Semula Dasar PH, PN Ke Atas TH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 2:04PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk menghentikan perniagaan dilakukan Tabung Haji dan menumpukan kepada pelaburan aset simpanan tetap perlu dikaji semula oleh kerajaan.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penetapan oleh pentadbir Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) itu akan menghadkan jumlah pendapatan TH dan kadar hibah setiap tahun.

Katanya, jika dasar tersebut tidak dikaji semula, harga pakej haji kepada jemaah dibimbangi akan terus meningkat saban tahun, sekali gus gagal mencapai matlamat utama TH iaitu memperkasakan ekonomi ummah.

“Saya pernah ramalkan pada permulaan tahun 2019 masa PH bahawa hibah dan pendapatan TH tidak akan tinggi lagi seperti masa Barisan Nasional (BN) pada tahun-tahun akan datang.

“Ini apabila PH serta CEO lantikan mereka mengeluarkan kenyataan bahawa tugas TH hanya untuk kerja mengendalikan jemaah umrah menunaikan ibadah haji kali pertama dan TH tidak perlu untuk berniaga atau melabur lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, pendapatan dan hibah TH untuk tahun mendatang akan konsisten pada tahap tiga peratus setiap tahun kerana pulangan dari aset simpanan tetap cuma antara empat hingga lima peratus.

“Ini ditambah pula kerugian TH sebanyak RM19.8 bilion disebabkan propaganda memakan diri kerajaan PH dahulu (termasuk PPBM) hanya sebab mahu serang kerajaan BN.

“Tindakan itu menyebabkan TH perlu di ‘bail-out’ kerajaan PH melalui syarikat milik Kementerian Kewangan dan terpaksa menjual aset-aset seperti TH Hotels,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan sebenarnya mempunyai kuasa untuk memberi peluang yang baik kepada TH untuk menjana lebih keuntungan.

“Sebagai contoh ialah pembelian tanah TRX oleh TH dari 1MDB. Biarpun ianya telah dijadikan propaganda menipu oleh PH masa itu, kononnya TH terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tanah tersebut untuk bail-out 1MDB.

“Namun hakikatnya tanah tersebut sebenarnya dijual dengan harga lebih murah kepada TH. Tanah yang dibeli dengan harga RM188 juta pada tahun 2015 akhirnya telah dijual TH dengan harga lebih tinggi (sekitar RM400 juta) pada tahun 2019 zaman PH,” katanya.

Menurut beliau, memandangkan projek serta infrastruktur di TRX semakin siap dan semakin menarik, harga tanah serta potensi projek pembangunan atas tanah tersebut juga semakin tinggi.

“Jika tidak dijual pada tahun 2019, keuntungan yang mampu dijana sekiranya TH membangunkan projek atas tanah tersebut adalah jauh lebih tinggi.

“Namun potensi ini tidak lagi kesampaian sebab PH telah rosakkannya dengan propaganda menghasut dan menipu mereka,” katanya.

Pada Jumaat lalu, TH memperkenalkan dua kategori kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah yang pertama kali mengerjakan haji bermula tahun ini.

Bayaran sebanyak RM10,980 perlu dibayar oleh jemaah daripada golongan B40 iaitu peningkatan sebanyak RM1,000, manakala bayaran sebanyak RM12,980 dikenakan bagi jemaah bukan B40 iaitu melibatkan peningkatan sebanyak RM3,000.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kadar bayaran tersebut adalah berikutan kos haji bagi tahun ini meningkat kepada RM25,540 seorang berbanding RM22,900 pada 2019.

Katanya, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan beberapa kos termasuk inflasi, pelbagai cukai terutamanya Cukai Nilai Tambah (VAT) dan caj visa Haji serta perlindungan insuran untuk jangkitan COVID-19 yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ahmad Dusuki, Berhentilah Menjaja Fitnah, Hormati Keputusan Mahkamah - Mujahid

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 8 jam yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki