web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guna Sambungan Elektrik Haram, Polis Serbu Sindiket Lombong Bitcoin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 1:58PM

Antara peralatan melombong bitcoin yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menyerbu dua lokasi sindiket melombong bitcoin yang dijana menggunakan sambungan bekalan elektrik secara haram di ibu negara, awal pagi kelmarin.

Serbuan dijalankan di satu unit kediaman di Taman Sri Sinar, Segambut dan sebuah premis perniagaan di Entrepreneurs Park, Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan Kepong, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Habibi Majinji berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan termasuk dalang kegiatan berkenaan dalam serbuan itu.

SAC Habibi Majinji
SAC Habibi Majinji

“Serbuan pertama dibuat di satu unit kediaman di Taman Sri Sinar Segambut, pada jam 12.10 tengah malam berdasarkan maklumat dan risikan sehingga membawa kepada tangkapan tiga lelaki dan rampasan 30 unit mesin bitcoin, satu unit komputer, 1 satu unit TP-Link, satu unit komputer riba, lima telefon bimbit serta dua buah kenderaan jenis Toyota Alphard dan Proton Saga.

“Soal siasat dijalankan membawa kepada satu lagi serbuan yang juga pusat operasi melombong bitcoin secara haram, dua jam kemudian,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Habibi berkata, dalam serbuan kedua itu pihaknya merampas 58 set mesin aktiviti melombong bitcoin menggunakan bekalan elektrik yang dijana secara haram.

“Selain itu pasukan serbuan merampas masing-masing satu unit monitor, CPU, keyboard, tetikus, router dan unit D Link.

“Semua tiga lelaki yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Beliau berkata JSJ Kuala Lumpur sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah membabitkan sindiket tertentu dari orang ramai. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad