web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersekongkol Dengan Sindiket Dadah: Pegawai, 2 Anggota Polis Ditangkap

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 4:17PM

Ayob Khan Mydin Pitchay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan pada Selasa dan Khamis lepas, selepas dipercayai bersekongkol dengan sindiket dadah termasuk melakukan pemerasan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai berpangkat Inspektor berumur 31 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara itu ditahan kira-kira 7 malam, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Selasa (16 Mac) selepas pihaknya bertindak atas risikan dan siasatan.  

“Pegawai berkenaan disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah untuk pasaran negara jiran. Siasatan lanjut mendedahkan pegawai itu menjual semula rampasan dadah oleh polis kepada sindiket dadah untuk tujuan peribadi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selain penahanan pegawai berkenaan, polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Alza dan wang tunai RM1,200 daripadanya .

Katanya, pegawai berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, yang memperuntukkan hukuman ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak selama dua tahun dan perintah sekatan, jika sabit kesalahan.

Ayob Khan berkata dua anggota berpangkat Sub Inspektor dan Koperal, masing-masing berumur 59 dan 35 tahun yang bertugas di IPD Muar pula ditahan pada Khamis lepas (18 Mac) dalam operasi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar.

Menurut beliau, kedua-duanya disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang individu di Parit Jawa, Muar selepas individu terbabit ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.

“Bagi melindungi kegiatan dadah tersebut, dua anggota polis itu telah meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai wang perlindungan, namun, mereka hanya menerima wang sebanyak RM2,800 daripada individu terbabit," katanya.

Katanya, kedua-dua anggota polis terbabit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan direman dua hari sehingga semalam sebelum diberi jaminan polis.

Sementara itu, Ayob Khan berkata tiga anggota polis dijatuhi hukuman dan perintah tahanan mengikut Seksyen 6(1) ADB LLPK 1985 selama dua tahun, masing-masing di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Simpang Renggam, dekat Kluang dan Batu Gajah, Perak manakala seorang lagi dikenakan perintah sekatan mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama selama dua tahun di PPA, Raub, Pahang.

Keempat-empat anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal berkenaan dikenakan tindakan selepas didapati membantu menguruskan kemasukan bekalan dadah ke lokap tahanan IPD Kota Tinggi, Disember tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad