web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rohingya: Malaysia Perlu Perjelas Dasar Selesai Kepadatan Depot Tahanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 9:00AM

Beberapa buah lori Jabatan Imigresen Malaysia yang membawa sebahagian tahanan etnik Rohingya dilihat meninggalkan Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mempunyai dasar jelas berhubung status pelarian etnik Rohingya supaya isu kepadatan di depot tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dapat diselesaikan.

Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketiadaan dasar berhubung status kumpulan itu menjadi antara punca utama menyebabkan depot tahanan berdepan kepadatan.

Menurutnya, isu tersebut semakin meruncing apabila kerajaan tiada perancangan terhadap nasib pelarian ditahan, sehingga mereka ‘terkurung’ dalam jangka masa lama.

“Berdasarkan laporan kami terima, kebiasaannya pelarian etnik Rohingya ini ditahan atas dakwaan memiliki kad UNCHR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) palsu.

“Namun, tindakan susulan seperti meminta bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk membuat verifikasi terhadap status mereka tidak dilakukan secepat mungkin menyebabkan mereka ditahan di depot tahanan.

“Apabila kes lama masih tidak diselesaikan, ditambah dengan tahanan baharu, ia mengakibatkan depot tersebut sesak sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mohd Azmi berkata, keadaan depot tahanan yang tidak selesa sehingga mengakibatkan penularan penyakit seperti kudis dan sebagainya, antara masalah sering dilaporkan kepada MAPIM.

“Kebanyakan depot tidak menepati ciri piawaian kerana tidak memberi keutamaan kepada aspek kesihatan tahanan, sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka jatuh sakit tanpa diberi perhatian.

“Jadi kami berpandangan tidak sepatutnya mereka ditahan terlalu lama, terutama wanita dan kanak-kanak. Status mereka sebagai pelarian dilucut kewarganegaraan perlu dititik beratkan,” katanya.

Beliau berkata, isu kemasukan pelarian etnik Rohingya dapat diselesaikan dengan kerajaan menyatakan pendirian secara jelas berhubung perkara tersebut.

“Jika kita (Malaysia) tak mahu terima lagi pelarian etnik Rohingya kita perlu nyatakan secara jelas supaya semua pihak tahu pendirian kita,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azmi berkata, kerajaan perlu mengambil sikap proaktif dalam menangani isu sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan etnik Rohingya ini sebagai sumber pendapatan mereka.

“Kerajaan juga perlu mengetatkan lagi pintu sempadan negara supaya mereka tidak lolos, namun kebajikan mereka yang sudah berada dalam negara perlu dijaga kerana mereka juga manusia,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, seramai 528 tahanan etnik Rohingya merusuh sebelum melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara dekat Sungai Bakap, Pulau Pinang, kelmarin.

Malangnya, enam daripada mereka termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan maut apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba melintas Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 165 dari arah selatan jam 6.30 pagi hari sama.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, tahanan meloloskan diri dengan memecahkan pintu blok dan pagar penghadang di depot terbabit.

Setakat ini, seramai 357 tahan sudah dikesan dan ditahan termasuk enam yang maut, manakala selebihnya masih dijejaki pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Getaran, 23 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Imigresen Asingkan Tahanan Etnik Rohingya, Elak Insiden Berulang

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kem Sementara Di Bangladesh Terbakar, Ribuan Warga Rohingya Hilang Tempat Berteduh

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran