web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Tunai Haji Meningkat Antara RM1,000 Dan RM3,000 - TH

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 7:07PM

Amrin Awaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula tahun ini, rakyat Malaysia yang akan menunaikan haji perlu membayar kos yang lebih antara RM1,000 dan RM3,000 daripada kadar sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kadar baharu itu tidak dapat dielakkan, susulan daripada kenaikan kos haji daripada RM22,900 pada 2019 kepada RM25,540 ketika ini.

Menurutnya, kenaikan kadar itu disumbangkan inflasi, cukai termasuk Cukai Nilai Tambah (VAT) yang disemak semula Arab Saudi daripada lima peratus kepada 15 peratus, selain caj visa haji dan insuran perlindungan COVID-19 dikenakan kerajaan negara berkenaan.

“Di bawah kadar baharu ini, individu dikategorikan sebagai B40 perlu membayar RM10,980, iaitu lebih RM1,000 daripada kos terdahulu.

“Manakala bakal jemaah lain yang tidak termasuk dalam kategori itu, tertakluk kepada bayaran RM12,980.

“Baki jumlah itu akan kekal disubsidi TH walaupun ia hanya terpakai kepada jemaah haji kali pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Menara TH di sini, hari ini.

Amrin berkata, bagi individu B40, jumlah subsidi diberikan adalah RM14,560 atau 57 peratus daripada kos keseluruhan, manakala subsidi utuk individu bukan kategori itu, RM12,560 (49 peratus).

Katanya, TH sudah memberikan subsidi itu sebagai menampung sebahagian kos untuk menunaikan haji sejak 2001.

“Berdasarkan 14,306 kuota jemaah haji disediakan Arab Saudi untuk Malaysia, TH dijangka membelanjakan kira-kira RM150 juta bagi menampung sebahagian kos ibadah ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Amrin berkata, kadar baharu yang menyaksikan kenaikan pada tahun ini, dilakukan pertama kali sejak 2009 disebabkan peningkatan 103 peratus antara 2009 dan 2022.

“TH akan terus menyediakan bantuan kewangan haji dan menyerap kenaikan kos untuk jemaah haji Malaysia, khususnya bagi golongan B40 yang pastinya lebih terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad mengumumkan bahawa kuota haji Malaysia pada tahun ini dikurangkan lebih separuh daripada 31,600 jemaah pada 2019 kepada 14,306 jemaah.

Pengurangan itu berlaku ketika Arab Saudi mengalu-alukan jemaah haji antarabangsa buat kali pertama dalam tempoh dua tahun berikutan COVID-19, tetapi mengehadkan bilangan jemaah dari seluruh dunia kepada 1 juta. – Getaran, 22 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad