web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Penggunaan Katil ICU, Bukan ICU, PKRC Tidak Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 2:51PM

Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 61 pesakit dengan peratusan penggunaannya sebanyak 8 peratus. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada negeri dan wilayah menunjukkan penggunaan kapasiti katil melebihi 50 peratus membabitkan pesakit COVID-19 bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU), semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan kapasiti katil bagi pesakit bukan ICU juga menyaksikan tiada negeri mencatatkan penggunaan melepasi 50 peratus.

“Penggunaan kapasiti katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) turut menunjukkan tiada peratusan pengisian lebih 50 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 61 pesakit dengan peratusan penggunaannya sebanyak lapan peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada 5,899 kes baharu COVID-19 hari ini, lebih separuh atau 3,294 kes, merangkumi pesakit kategori 2, iaitu mengalami gejala ringan atau sederhana.

Angka itu membabitkan sebanyak 55.84 peratus daripada keseluruhan kes baharu berkenaan.

Katanya, sebanyak 2,582 kes pula membabitkan pesakit kategori 1.

“Sebanyak lapan kes berada dalam kategori 3, manakala kategori 4 (10) dan kategori 5 (5),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 23 kes COVID-19 membabitkan kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan, tujuh kes atau 30.43 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan itu.

Jelasnya, 13 kes atau 56.52 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum disuntik dos penggalak, manakala tiga kes (13.04 peratus) membabitkan individu selesai mendapatkan dos penggalak.

“Sejumlah 13 kes atau 56.52 peratus adalah dalam kalangan individu berumur 60 tahun dan ke atas, manakala 13 kes (56.52 peratus) mempunyai komorbiditi serta satu kes (4.35 peratus) kes ibu hamil,” katanya. – Getaran, 22 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek