web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Baharu COVID-19 Menurun Ketara, Hanya Catat 1 Angka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 2:42PM

Hanya 5 kes direkodkan di seluruh negara semalam, dengan majoriti kes kematian adalah BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian baharu akibat COVID-19 menunjukkan pengurangan ketara apabila hanya lima kes direkodkan di seluruh negara semalam.

Namun, majoriti kes kematian itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID), iaitu membabitkan empat kes.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik terbabit mencecah 35,470 kes dengan 7,509 daripadanya adalah kes BID.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), negeri dengan kes kematian tertinggi adalah di Selangor, iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,899 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu setakat ini seramai 4,378,197 orang.

Jelasnya, jumlah baharu itu membabitkan 5,883 kes tempatan dan 16 kes import.

Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 88,184 kes aktif direkodkan semalam dengan 86,284 atau 97.8 peratus menjalani kuarantin di rumah, 159 dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 1,649 dirawat di hospital.

“Bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini, sebanyak 92 kes dilaporkan dengan 56 kes disahkan COVID-19, manakala 36 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 61 kes, iaitu 34 disahkan COVID-19, selain 27 disyaki, kemungkinan  dan dalam siasatan.

“Sebanyak 8,434 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada virus tersebut adalah 4,291,447 kes,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, hanya satu kluster baharu direkodkan semalam dengan sebanyak 101 kluster aktif, menjadikan jumlah kluster direkodkan sejak COVID-19 melanda negara adalah 7,000 kluster - Getaran, 22 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan