web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Polis Ambil Keterangan Instafamous

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 1:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengambil keterangan pasangan instafamous yang didakwa merentas negeri untuk berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata berdasarkan keterangan serta bukti-bukti dikemukakan, tiada tindakan diambil terhadap pasangan berusia lingkungan 20-an itu yang mendapat kelulusan rentas negeri untuk urusan perniagaan.

Keterangan pasangan itu diambil susulan tindakan memuat naik gambar mereka di media sosial Jumaat lepas sehingga menimbulkan persoalan kebenaran rentas negeri yang diberikan polis, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan semakan lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan dan isterinya membuat permohonan rentas negeri ke Johor Bahru pada 15 Mac di Balai Polis Wangsa Maju atas urusan perniagaan dan diluluskan perjalanan bermula 17 Mac hingga Sabtu lepas.

“Berdasarkan keterangan, pasangan ini mengesahkan mereka menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan di sana dan mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan.

“Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya yang bersifat peribadi tetapi ditularkan di Twitter dan menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu seperti yang ditularkan,” katanya.

Ashari mengingatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri diberi polis.

“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad