web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Jabatan Mufti Perlis Terhadap Saya Melampau - Ustaz Wadi Annuar 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 4:58PM

Ustaz Wadi Annuar - Gambar dari Facebook Ustaz Wadi Annuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar menyifatkan dakwaan Jabatan Mufti Perlis (JMP) bahawa kenyataannya menerusi satu klip video adalah bertujuan menimbulkan permusuhan dalam kalangan Muslim tanpa alasan sah, sangat melampau dan boleh mengundang fitnah.

Beliau sekali gus menafikan dakwaan yang dikeluarkan pihak terbabit pada 19 April lalu itu selepas klip video berhubung kenyataannya pada satu ceramah, tular menerusi media sosial.

Katanya, klip video terbabit adalah potongan daripada rakaman penuh video ceramahnya di Langkawi, Kedah lima tahun lalu, bukan ketika Ramadan.

“Melalui potongan video tersebut, saya langsung tidak menyebut dan/atau mengaitkan mana-mana negeri dalam negara ini, termasuk Perlis sebagaimana didakwa.

“Saya percaya kenyataan saya berkaitan isu sujud yang menjadi ‘subject matter’ dalam kenyataan jabatan tersebut adalah pandangan saya sebagai pendukung mazhab Shafie,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

KENYATAAN RASMI TERHADAP KENYATAAN JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS MELALUI SATU SURAT BERTAJUK, "MENJAWAB FITNAH WADI ANUAR TERHADAP NEGERI PERLIS".

Posted by Ustaz Wadi Annuar on Wednesday, April 20, 2022

Ustaz Wadi atau nama penuhnya Ustaz Mohammad Wadi Annuar Ayyub berkata, tatacara sujud dalam solat dengan mendahulukan tangan sebelum lutut ketika mahu sujud adalah khilaf dalam fiqah.

Menurutnya, setiap pihak seharusnya menghormati dan meraikan semua pendapat muktabar dalam mazhab dengan tidak menyalahkan pendapat lain.

Beliau berkata, mereka juga sepatutnya meraikan suasana dan amalan solat mengikut aliran arus perdana di negara ini, iaitu mazhab Shafie.

“Saya selanjutnya menegaskan bahawa intipati video tersebut adalah berkaitan dengan pandangan peribadi saya. Ia berdasarkan kepada pandangan ulama yang selari dan selaras dengan Ahli Sunnah wal Jamaah serta keseragaman amalan fiqah di Malaysia

“Tujuan saya membuat ulasan sedemikian adalah untuk menyatakan kepada masyarakat peri pentingnya untuk mengutamakan pengamalan mazhab Syafiee, selaku mazhab arus perdana bagi memastikan keseragaman dalam amalan beribadah demi mencapai perpaduan, selain mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat,” katanya.

Mengula lanjut, Wadi berkata, tindakan Jabatan Mufti Perlis yang hanya membuat penilaian berdasarkan kepada video tersebut tanpa membuat semakan sewajarnya dan terperinci, sememangnya akan mengundang fitnah, menimbulkan kebencian serta salah sangka dalam kalangan masyarakat terhadap beliau.

“Saya percaya adalah sangat wajar untuk jabatan tersebut bersikap profesional dengan memperbetulkan semula persepsi negatif yang timbul daripada kenyataan itu, supaya kepercayaan masyarakat awam apatah lagi terhadap sesebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan fatwa, dapat dielakkan,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Mufti Perlis menafikan sekerasnya kenyataan Wadi yang dikatakan mendakwa negeri berkenaan mengeluarkan kenyataan peraturan sujud dalam solat, iaitu mendahulukan tangan sebelum lutut. – Getaran, 21 April 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar