web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil ICU Seluruh Negara Kekal Bawah 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 12:49PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 241 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 97 kes (40.2 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 144 kes lagi (59.8 peratus), kategori 1 dan 2.

Tiada negeri merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam.

Bagi penggunaan katil bukan kritikal pula, tiada negeri merekodkan penggunaan melebih 50 peratus.

Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah keseluruhan penggunaan katil ICU bagi pesakit dijangkiti virus itu di seluruh negara semalam adalah 13 peratus, manakala bagi katil bukan ICU pula 19 peratus.

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 64 pesakit dengan penggunaan alat tersebut sebanyak lapan peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital, berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnos setiap hari disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti.

“Pada masa sama, terdapat juga kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebanyak 6,069 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia kini 4,402,234.

Kategori 1 mencatatkan 2,598 kes, kategori 2 (3,426 kes), kategori 3 (21 kes), kategori 4 (10 kes) dan kategori 5 (14 kes).

Daripada 45 kes COVID-19 kategori 3 hingga 5, sembilan atau 20 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 18 atau 40 peratus sudah menerima dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak.

Selain itu, sebanyak 18 kes (40 peratus) sudah menerima dos penggalak, 21 kes (46.67 peratus) berusia 60 tahun ke atas dan 26 kes (57.78 peratus) mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.86 dengan Negeri Sembilan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.90, diikuti Selangor dan Melaka (masing-masing 0.88), Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing 0.87), Terengganu (0.85), Putrajaya (0.83) manakala Johor (0.78). - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad