web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Kembali Menurun, 45 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 11:36AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 kembali menurun dengan 6,069 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,402,234 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 5,959 kes tempatan dengan 110 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 3,426 kes atau bersamaan 56.45 peratus. Sebanyak 2,598 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 21 kes iaitu 0.35 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (10) serta kategori 5 (14),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 45 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, sembilan kes iaitu 20 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 18 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 18 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 21 kes berumur 60 tahun ke atas, 26 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 12 kematian baharu direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,449 dengan 7,497 daripadanya adalah kes BID.

“Perak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Johor (tiga) dan Kedah, Melaka, Pahang, serta Putrajaya (masing-masing satu).

“Tiada kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, dan Labuan,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat lima pertambahan kluster di negara ini.

Katanya, setakat ini terdapat 109 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,995 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 97 kes iaitu 59 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 64 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 10,619 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,274,746 kes. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad