web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peniaga Bazar Ramadan Lega Jualan Laku Walau Harga Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 9:00AM

Jummiati bersyukur walaupun terpaksa menaikkan harga jualan Roti John dan martabaknya, sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Kenaikan ketara kos bahan mentah menyebabkan rata-rata peniaga bazar Ramadan tahun ini tiada pilihan, selain menetapkan harga baharu yang lebih tinggi untuk jualan.

Tinjauan Getaran di Bazar Ramadan Bandar Baru Bangi di sini mendapati, harga kambing bakar yang sebelum ini diniagakan antara RM12 hingga RM14 naik kepada RM17, manakala nasi ayam dijual RM7, berbanding RM4 hingga RM5 pada tahun terdahulu.

Kenaikan turut membabitkan kuih muih, terutama yang mengandungi telur.

Kebanyakan peniaga mengakui terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi membolehkan mereka menampung modal perniagaan dan meraih sedikit keuntungan.

Bagaimanapun, apa yang melegakan peniaga adalah peningkatan harga makanan di bazar itu masih dianggap berpatutan oleh orang ramai kerana mereka memahami situasi dihadapi.

Peniaga nasi ayam, Muhammad Fafwan Yahya, 43 berkata, dia menaikkan harga jualan makanannya sebanyak RM1 berbanding harga sebelum ini.

Muhammad Fafwan Yahya
Muhammad Fafwan Yahya

Menurutnya, walaupun terpaksa menaikkan harga terbabit, dia memastikan kualiti dan kuantiti makanan dijual itu dikekalkan.

“Nasi ayam sekarang saya jual RM6 dengan satu per empat bahagian ayam, berbanding RM5 sebelum ini.

“Kami terpaksa menaikkan harga sedikit kerana kos bahan mentah di pasaran seperti ayam dan sayuran mahal. Kita ambil keuntungan pun setakat 20 peratus,” katanya ketika ditemui.

Lebih merumitkan keadaan, katanya, apabila pembekal memaklumkan bekalan semasa ayam sudah tidak ada.

“Jadi saya terpaksa cari sendiri di beberapa pasar borong kerana saya gunakannya untuk jualan nasi ayam saya.

“Kalau nak murah ada tapi jauh dan itu sudah melibatkan kos minyak pula,” luahnya.

Dalam pada itu, peniaga martabak dan roti John, Jummiati Ilyas, 50 berkata, harga ayam yang meningkat di pasaran turut memberi kesan terhadap harga makanan dijualnya.

Jummiati Ilyas
Jummiati Ilyas

Situasi itu, jelasnya, menyebabkan dia perlu menaikkan harga jualan martabak dari RM4 kepada RM5, manakala roti John dijual sehingga RM6.

“Kenaikan ini disebabkan kos bahan mentah mahal. Pembekal ayam dan daging lembu turut menaikkan harga, di samping telur kini mengalami kenaikan mendadak.

“Kalau ikutkan memang kita nak letak harga lebih tinggi, namun kita fikirkan pengunjung. Kesian dan tak sampai hati pula kita untuk letak harga lebih mahal,  takut nanti tiada orang nak membelinya,” katanya.

Manakala, peniaga di Bazar Ramadan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Danish Ismawi Sharil, 19, memaklumkan, biarpun berlaku peningkatan harga, sambutan orang ramai amat menggalakkan apabila dia mampu menjual sebanyak 10 kilogram kambing bakar dan 10 kotak bebola daging dalam tempoh dua jam.

Danish Ismawi Sharil
Danish Ismawi Sharil

“Saya tiada pilihan, selain menaikkan harga makanan dengan peningkatan antara 50 sen hingga RM2 untuk setiap makanan.

“Jika tidak, saya tidak akan merasai keuntungan daripada hasil jualan. Kita berharap tiada lagi kenaikan harga barang berlaku sepanjang Ramadan ini kerana amat membebankan peniaga,” katanya.

Danish Ismawi sedang membakar bebola daging di gerainya di bazar Ramadan PKNS Bangi.
Danish Ismawi sedang membakar bebola daging di gerainya di bazar Ramadan PKNS Bangi.

Sementra itu, seorang pengunjung, Aqil Syakir, 24, mengakui berlaku kenaikan harga makanan berbanding tahun sebelumnya, namun dia tetap teruja ke bazar untuk membeli juadah.

Bagaimanapun, katanya, bagi mengelakkan pembaziran, dia mengambil pendekatan meninjau harga terlebih dahulu sebelum membuat pilihan juadah untuk dibeli.

Aqil Syakir
Aqil Syakir

“Memang ada sedikit kenaikan dan kita faham kerana kos bahan mentah pun naik. Namun saya tetap membeli seperti biasa. Asalkan harga tidak terlalu tinggi, kita tetap beri sokongan kepada peniaga.

“Apapun, kita sebagai pembeli perlu bijak dalam berbelanja. Saya yakin di bazar Ramadan lain pun sama situasinya kerana kos bahan mentah meningkat,” katanya. - Getaran, 19 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad