web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika Guru Pilih Bersara Awal, Pasti Ada Tak Kena Dengan KPM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 9:10PM

Persaraan awal guru-guru berpengalaman adalah kerugian yang amat besar kepada negara. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa agar segera campur tangan bagi menangani isu trend guru bersara awal yang amat membimbangkan ketika ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persaraan awal guru-guru berpengalaman adalah kerugian yang amat besar kepada negara.

“Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru di musim pandemik adalah sangat difahami. Ia sangat menguji ketahanan emosi dan psikologi mereka.

“Apatah lagi bila dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang akhirnya menganggu tugas hakiki,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohamad Hasan - Gambar fail
Mohamad Hasan - Gambar fail

Jelas beliau, sekiranya trend ini berlanjutan, negara bakal berdepan krisis pendidikan yang lebih kritikal.

“Ia akan memberi kesan kepada kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan kita.

“Aspirasi untuk menjadikan sekolah dan mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan mutu antarabangsa akan pasti terjejas,” katanya.

Susulan itu, katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan menjelaskan secara terperinci mengenai trend tersebut.

“Jika anggaran yang dibuat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) benar, maka ‘trend’ bersara awal mahupun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini adalah sangat membimbangkan.

“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Pendidikan wajar memanggil wakil KPM untuk menjelaskan perkara itu agar melalui ketelusan, suatu penyelesaian jangka waktu panjang dapat dirumuskan,” katanya.

Beliau berkata, kebajikan guru perlu diutamakan kerana golongan itu amat penting dalam memajukan bangsa dan negara.

“Mereka mempunyai pengaruh luar biasa dalam mencorakkan keperibadian dan pemikiran generasi pelapis.

“Dan jika begitu ramai guru mengakhiri karier pada saat mereka masih produktif dan boleh menyumbang dengan berkesan, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan KPM,” katanya.

Terdahulu, NUTP menganggarkan bahawa lebih 10,000 guru membuat pilihan persaraan awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, jumlah tersebut jauh melebihi angka yang didedahkan KPM mengenai persaraan pilihan.

Menurut KPM, pihaknya menerima 4,360 permohonan persaraan pilihan setakat November tahun lalu. - Getaran, 19 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad