web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banduan Lari Dari Pusat Tahanan Berjaya Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 8:12AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang banduan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi (Kem Program Latihan Khidmat Negara) Padang Hijau, Batu 13, Jalan Mersing-Kluang dekat Kluang petang semalam, berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan pada 6.15 petang di kawasan perumahan Ladang Cattle Queen, Padang Hijau, Kluang hasil maklumat orang awam yang melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan tersebut.

“Banduan tersebut merupakan pesalah yang sudah dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 25 Feb lepas di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Pada kira-kira 4.50 petang semalam, polis menerima panggilan daripada warden penjara yang memaklumkan bahawa empat lelaki tempatan cuba melarikan diri dari pusat tahanan itu.

Menurut warden itu, tiga daripada lelaki terbabit berjaya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kempat-empat banduan telah dituduh di mahkamah dan dihantar ke pusat tahanan itu untuk tapisan keselamatan COVID-19 selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh dekat Johor Bahru. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran