web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ingatkan Pejabat, Rupanya ‘Mini Kasino’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 4:40PM

Mohamad Noor memberi taklimat tentang ruangan pejabat yang dijadikan mini kasino pada hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman membongkar taktik baharu sindiket perjudian iaitu menyewa ruangan pejabat di bangunan bertingkat dan berselindung sebagai syarikat perniagaan bagi menggerakkan operasi mini kasino.

Taktik yang baru sebulan digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa itu bagaimanapun terbongkar susulan serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Subang Jaya, awal pagi kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner  (SAC) Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sindiket menyewa ruangan terbabit pada kadar RM4,000 sebulan.

Bagaimanapun menurutnya, sindiket sudah membayar sewa premis tersebut untuk diduduki bagi tempoh setahun kepada pemiliknya.

“Ini adalah modus operandi terbaharu sindiket perjudian yang kita berjaya bongkar.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan ada lagi kumpulan lain yang menggunakan taktik sama bagi mengaburi mata polis.

“Pengoperasian mereka juga agak ketat kerana hanya individu tertentu sahaja dibenarkan untuk masuk dan bermain di dalam premis tersebut namun dengan penyamaran, kami berjaya membuat serbuan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata, dalam serbuan itu, seramai 16 individu termasuk seorang wanita ditahan di lokasi terbabit yang majoriti mereka adalah ‘kaki judi’.

“Siasatan mendapati sindiket akan beroperasi selama 24 sehari namun hanya dibuka sekitar empat ke lima hari dalam seminggu.

“Berdasarkan siasatan juga, sindiket ini mengaut keuntungan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sehari,” katanya sambil menambah, kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

Mohamad Noor dalam pada itu turut menasihatkan supaya pemilik premis sentiasa berwaspada dan memeriksa perniagaan yang dijalankan oleh penyewa bagi mengelakkan risiko didakwa kerana bersekongkol.

“Tiada masalah untuk memberikan sewa premis kepada mana-mana syarikat namun adalah lebih baik mereka ambil langkah berhati-hati dengan memeriksa perniagaan penyewa terlebih dahulu,” katanya. - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad