web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ops Lalu Lintas, 17 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 12:54PM

JSPT mengadakan operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/ Pelbagai Kesalahan mulai kelmarin hingga hari ini di sekitar ibu kota. - Gambar dari Facebook JSPT KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 17 individu ditahan atas pelbagai kesalahan lalu lintas  dalam operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/ Pelbagai Kesalahan bermula kelmarin hingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi yang bermula dari jam 10 malam dan selesai jam 4 pagi itu dilakukan di sekitar pusat bandar, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

"Seramai 13 individu berusia antara 21 hingga 44 tahun  ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama," katanya hari ini.

Menurut beliau, polis turut mengeluarkan 253 jumlah saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 12 motosikal kerana struktur kenderaan yang telah diubah suai (ekzos).

Turut disita katanya ialah empat kereta mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai kenderaan.

"Sementara itu, tiga lelaki ditahan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya seperti melakukan aksi zig-zag, roket, Superman dan bersaing.

"Mereka yang berusia antara 16 hingga 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sarifudin berkata, seorang lelaki berusia 24 tahun pula ditahan kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Suspek katanya bakal dituduh mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis akan terus meningkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan, kesalahan lalu lintas serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis berhampiran," katanya. - Getaran, 18 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad