web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPWKM Sedia Bekerjasama Dengan Peguam TMJ - Rina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 4:18PM

Rina Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan peguam peribadi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membantu prosiding kes penderaan remaja sindrom down, Bella.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, khidmat guaman percuma ditawarkan Tunku Ismail untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) itu amat bermakna kepada kementerian berkenaan.

Menurutnya, ia sekali gus dapat memperkasa usaha untuk menegakkan keadilan kepada Bella.

“Kementerian menyambut baik pelawaan ini dan akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam dititahkan DYAM Tuanku (Tunku Ismail).

“Sesungguhnya patik amat terharu dengan keprihatinan dizahirkan DYAM dan YAM Che’ Puan Besar (Khaleeda Bustamam) yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Instagram hari ini.

Rina berkata, beliau dan pihak kementerian bersedia menghadap Tunku Ismail dan isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda bagi mempersembahkan status kes perbicaraan Bella, selain memaklumkan tindakan pihaknya dalam membantu perbicaraan kes terbabit.

“Buat seluruh Keluarga Malaysia dalam bulan Ramadan mulia ini, marilah kita terus memanjatkan doa semoga urusan perbicaraan kes penderaan adik Bella dipermudahkan serta kebenaran dan keadilan dapat dibuktikan di akhir perbicaraan kelak,” katanya.

Tunku Ismail menerusi Twitter semalam memaklumkan, baginda sudah menghubungi pasukan peguamnya dan akan berhubung dengan Rina bagi menawarkan perkhidmatan peguam percuma bagi kes Bella.

Titah TMJ itu dikeluarkan selepas isterinya berkongsi di Instagram bahawa pihaknya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keadilan sewajarnya dan membantu remaja perempuan berusia 13 tahun berkenaan.

Berdasarkan keterangan saksi ketika perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, didakwa melakukan penderaan kepada Bella setiap hari selama hampir empat bulan.

Menurut saksi, kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung tercabut menjadi punca Siti Bainun berang dan bertindak memukul serta memarahi Bella.

Remaja berkenaan yang dikatakan ketiadaan ibu dan bapa sejak ditemui, dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju, diasaskan Siti Bainun.

Siti Bainun sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta kesan emosi.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Getaran, 17 April 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad