web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bot Karam Di Semporna: 2 Mangsa Terakhir Ditemukan Terapung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 12:12PM

Penemuan dua mangsa terakhir menjadikan keseluruhan tujuh daripada 21 penumpang bot itu maut dalam kejadian tersebut. - Gambar ihsam APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Dua mangsa terakhir yang hilang dalam kejadian bot karam pada Khamis lepas (14 April), ditemukan terapung berhampiran lokasi kejadian di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata pagi ini.

Ini menjadikan keseluruhan tujuh daripada 21 penumpang bot itu maut dalam kejadian tersebut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  Zon Maritim Semporna Komander Maritim Semporna Norrimi Hassan berkata mangsa Noranis Harimalam, 14,  serta Aiman, 7, ditemukan penduduk kampung pada 7.50 pagi.

“Kedua-dua mangsa ditemukan serentak oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Norrimi berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut.

Semalam Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah dilaporkan berkata lima individu maut, manakala dua hilang dan 14 individu lagi selamat selepas bot dinaiki mereka karam di  perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata dekat sini.

Mohd Farhan berkata juragan bot itu berusia 64 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian itu, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kerana menyebabkan kematian dengan cuai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelancong China Maut Ketika Menyelam Di Semporna

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran