web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9,673 Kes COVID-19 Semalam, Perak Pula Catat Kematian Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 11:42AM

Sebanyak 16 kes kematian baharu direkodkan semalam dengan 5 kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua hari melepasi 10,000 kes, jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali menurun di bawah paras itu apabila mencatatkan 9,673 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu dijangkiti virus berkenaan setakat ini adalah 4,372,697 orang.

Menurutnya, jumlah baharu itu membabitkan 9,649 kes tempatan dan 25 kes import.

Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 16 kes kematian baharu direkodkan semalam dengan lima kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Jelasnya, angka baharu kematian itu menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 35,397 kes dengan 7,478 daripadanya adalah kes BID.

Kes kematian paling tinggi, katanya, dicatatkan di Perak, iaitu lima kes, disusuli Pahang, Pulau Pinang dan Selangor dengan masing-masing dua kes.

Ujarnya, Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur merekodkan satu kes di setiap negeri.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 113,175 kes aktif direkodkan semalam dengan 110,385 atau 97.5 peratus menjalani kuarantin di rumah, 357 dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,281 dirawat di hospital.

Bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini, jelasnya, sebanyak 152 kes dilaporkan dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 87 kes tidak menggunakannya.

“Sebanyak 14, 267 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,224,125 kes,” katanya. - Getaran, 15 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar