web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remaja Hilang 3 Jari, Pecah Gegendang Telinga Akibat Mercun Bola

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 9:13PM

Mangsa yang berumur 14 tahun dikejarkan ke Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar oleh abangnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Seorang pelajar Tingkatan Dua hilang tiga jari tangan kanan dan gegendang telinga pecah akibat terkena mercun bola dalam kejadian di belakang rumah di Lembah Beris Kubur Besar, Tawang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa yang berumur 14 tahun dikejarkan ke Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar oleh abangnya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, terdahulu sekeping gambar seorang lelaki yang cedera di tangan kanan sedang mendapat rawatan di klinik tular di WhatsApp pada 12 tengah hari, hari ini.

Katanya, hasil semakan dengan Pegawai Kesihatan Daerah Bachok mengesahkan gambar itu adalah seorang pesakit remaja yang cedera selepas terkena mercun bola.

“Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar menerima pesakit itu pada 4.45 petang semalam dan rawatan awal oleh pegawai perubatan mendapati, tahap kecederaan di bahagian tangan kanan mangsa serius akibat bahan letupan.

“Terdapat kesan luka di lehernya akibat percikan bahan bakar yang berada di tahap satu dan keadaan mangsa stabil,” katanya ketika dihubungi.

Mohammad Ismail berkata, ekoran kejadian itu, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut, termasuk menjalani pembedahan membuang ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

“Gegendang telinga mangsa juga pecah dan dirujuk ke pakar, selain dia masih mendapatkan rawatan serta di bawah pemerhatian doktor pakar.

“Hasil temubual, mangsa memaklumkan pada jam 4.40 petang, dia bermain mercun bola di belakang rumah dan tidak sempat membaling mercun itu menyebabkan ia meletup," katanya.

Sehingga kini, tiada laporan polis di buat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok menubuhkan pasukan pemantau terdiri daripada dua pegawai dan lapan anggota untuk memantau serta meninjau bagi mengesan aktiviti bermain mercun ini.

Jelasnya, polis memberikan amaran supaya masyarakat lebih cakna dengan keselamatan diri dan orang lain serta tidak bermain mercun. - Getaran, 15 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 tahun yang lalu

Tersangkut Mesin Pengisar, Pekerja Hilang 5 Jari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam