web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejadian Tertarik Langsir, Punca Siti Bainun Mula ‘Naik Hantu’, Pukul Bella - Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 6:41PM

Siti Bainun Abd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mula ‘naik hantu’ dan bertindak memukul serta memarahi remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.

Yasmin Nahar Mahmood, 19, penghuni Rumah Bonda, memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Siti Bainun mula mendera remaja itu secara fizikal pada Mac 2021.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Abdul Jalil yang mewakili Siti Bainun, saksi pendakwaan kelima itu berkata susulan kejadian tertarik langsir itu, Bella diberi layanan berbeza oleh tertuduh yang dipanggil bonda oleh remaja itu.

Asiah: Pada bulan Mac, apa yang berlaku sehingga menyebabkan Siti Bainun tak suka pada Bella?

Yasmin: Bella masuk bilik kedua, dia tertarik langsir sampai putus, bila Siti Bainun tahu, dia marah dan pukul Bella.

Asiah: Bilik siapa?

Yasmin: Bilik tidur saya dan adik-adik saya yang lain.

Ditanya peguam itu selepas kejadian tersebut, adakah Bella terus didera dengan air panas, Yasmin berkata: “Didera tetapi belum disimbah air panas”.

Yasmin juga mengekalkan keterangannya sebelum ini bahawa Siti Bainun menyuruhnya menyimbah air panas ke atas Bella sebanyak tiga kali seminggu menggunakan cawan plastik yang tidak bertangkai berwarna kuning dan picagari.

Selain itu, Yasmin turut mengekalkan keterangannya sebelum ini bahawa Bella akan dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin air pada bahagian tertentu badan remaja itu.

Asiah: Jika Bella dibogelkan sebelum dicurah air panas, kenapa bahagian punggung tidak kena?

Yasmin: Sebab masa itu, Bella pakai pampers (lampin pakai buang).

Semasa ditunjukkan gambar kecederaan pada badan Bella, Yasmin menyatakan parut yang jelas kelihatan adalah di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut akibat kesan dipijak.

Yasmin turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian dera itu berlaku di bahagian bilik dobi, ruang tamu dan tandas di rumah tersebut, namun saksi itu tidak mengetahui motif Bella didera.

Kepada soalan lain, Yasmin memberitahu beliau tidak pasti sama ada jiran di kondominium (tempat Bella tinggal) ada mendengar atau melihat remaja itu didera antara Mac hingga Jun 2021.

Bagaimanapun, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa jika pintu gelongsor di ruang tamu dibuka, sesiapa sahaja boleh mendengar jeritan kanak-kanak menangis atau muzik daripada jiran-jiran sekeliling.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Rabu depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad