web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Pencemaran Makanan Bazar, Khairy Arah Penguatkuasaan Dipertingkat, Respon Segera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 4:57PM

Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas majlis pelancaran Ambulan 5G di Pusat Data Komunikasi YTL hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diarah mempertingkatkan penguatkuasaan di bazar Ramadan bagi membolehkan pihaknya memberi respon segera berhubung sebarang aduan kes makanan tercemar.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi memastikan kebersihan makanan yang dijual dapat dipantau, sekali gus mengelakkan kes pencemaran.

Beliau turut meminta orang ramai sentiasa berwaspada terhadap makanan diniagakan penjual dan memeriksa keadaannya terlebih dahulu sebelum membeli.

“Saya juga meminta pengguna untuk membuat aduan sekiranya ada berlaku kes pencemaran makanan kepada pihak berkuasa.

“Laporkan segera perkara itu supaya pihak berkuasa, terutama yang bertanggungjawab menjaga bazar terbabit boleh ambil tindakan terhadap gerai tersebut.

“KKM (Kementerian Kesihatan) juga boleh turun ke lokasi untuk melaksanakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara First Ambulance Services Sdn Bhd dengan YTL Communication di sini, hari ini.

Jalinan kerjasama antara kedua syarikat itu bertujuan menyediakan perkhidmatan lebih baik menerusi servis 5G Smart Ambulance.

Ia bagi membolehkan fungsi baharu seperti telemetri pengimejan diagnostik jarak lebih jauh dan servis teleperubatan yang dikuasakan oleh realiti lanjutan dinikmati.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau sudah meminta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan untuk mengeluarkan kenyataan membabitkan isu kes makanan tercemar.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa kejadian pencemaran makanan yang dijual di bazar Ramadan termasuk di Putrajaya baru-baru ini. - Getaran, 15 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Rencana 1 tahun yang lalu

Keselamatan Makanan: Tanggungjawab Moral Dan Keperluan Ekonomi

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar