web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minta Layanan Seks, Ketua Jabatan Negeri Dicekup SPRM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 4:18PM

Seorang ketua sebuah jabatan ditahan SPRM kerana minta rasuah seks. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU – Nafsu ternyata tidak mengenal siapa, dan perkara ini sering membawa kepada kejatuhan manusia, tanpa mengira darjat, agama atau bangsa.

Terbaru, seorang Ketua Jabatan Kerajaan Negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, selepas disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita, di sebuah hotel di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek lelaki berusia 51 ditahan selepas meminta perkhidmatan seks sebagai suapan, atas sokongan yang diberikan kepada wanita tersebut untuk mendapatkan pinjaman pertanian.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Suspek ditahan selama 24 jam untuk diambil keterangan dan dilepaskan menerusi jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit, dengan seorang penjamin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya, hari ini.

Karunanithy menjelaskan tafsiran suapan di bawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 meliputi pelbagai perkara termasuk pinjaman, jawatan serta perkhidmatan, termasuk berunsurkan seks. – Getaran, 20 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 6 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad