web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif ePemula Langkah Permulaan Pupuk Budaya Berbelanja Tanpa Tunai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula Isnin lalu, golongan belia yang layak boleh menebus kredit e-tunai RM150 di bawah program ePemula melalui empat penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ’n Go eWallet.

Inisiatif ePemula adalah kesinambungan kepada eBelia yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Program itu akan memanfaatkan kira-kira dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dengan peruntukan RM300 juta.

Namun, melalui tinjauan di media sosial, rata-rata penerima yang sudah membuat penebusan merungut kerana kredit dimasukkan itu hanya boleh digunakan untuk pembelian luar talian.

Ternyata, mereka kecewa dengan inisiatif tersebut dan mengharapkan agar kaedah penggunaan kredit itu dipermudahkan dengan membenarkan pembelian dan transaksi dalam talian sebagaimana inisiatif eBelia sebelum ini.

Walaupun ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka di media sosial, Pakar Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, inisiatif itu sebenarnya berupaya memberi manfaat kepada pelbagai pihak dan juga negara.

Katanya, selain meringankan beban kewangan belia, inisiatif itu mampu menggalakkan golongan belia untuk berbelanja tanpa tunai.

“Walaupun RM150 bukan satu jumlah besar tapi kesannya terhadap tabiat dan budaya dalam berbelanja itu yang ingin kita lihat. Jadi inisiatif ini sebenarnya adalah langkah permulaan.

“Secara ringkasnya, kerajaan mahu meningkatkan kesedaran dan mendedahkan belia untuk menggunakan teknologi dalam urusan seharian, terutamanya melibatkan kewangan peribadi,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Secara tidak langsung katanya, inisiatif itu juga bertujuan merancakkan semula perniagaan runcit fizikal yang terjejas akibat wabak COVID-19.


“Sebab utama ePemula pada masa ini hanya membenarkan penggunaan di kedai fizikal adalah bertujuan untuk membantu peniaga runcit tempatan menjana pendapatan lebih tinggi.

“Ini kerana jika ePemula membenarkan transaksi pembelian dalam talian, kemungkinan peniaga di platform itu tidak semestinya peniaga tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ahmed Razman berkata, peralihan ke arah sistem teknologi dan transaksi dalam talian juga dapat meningkatkan kecekapan sistem pembayaran negara.

Katanya, sejak dunia dilanda COVID-19, penggunaan sistem pembayaran digital semakin meningkat termasuk di Malaysia.

“Dapatan kaji selidik ‘PayNet Digital Payments Insights Study 2022’ yang dikeluarkan pada 6 April lalu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan tunai dalam pembayaran harian (48.4 peratus).

“Kemungkinan disumbang oleh peningkatan pembayaran QR, kepercayaan tinggi terhadap kad kredit dan kebimbangan menggunakan tunai akan menyebabkan mudah dijangkiti virus berbahaya itu,” katanya.

Di sebalik manfaat tersebut, beliau turut mencadangkan agar kerajaan melakukan beberapa penambahbaikan bagi inisiatif itu.

“Mungkin boleh pertimbangkan semula mekanisme pelaksanaan inisiatif itu dengan membenarkan belia dan mahasiswa membelanjakannya atau melakukan transaksi secara dalam talian, tetapi hanya pembelian dalam kalangan peniaga tempatan sahaja.

“Kalau mereka yang tinggal di luar bandar pula mungkin boleh guna kaedah melalui TnG dan top up di Shopee. Kemudian boleh lakukan pindahan kredit itu ke akaun bank pengguna. Ini kerana tidak semua kedai fizikal menerima pembayaran e-dompet,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan program ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. - Getaran, 14 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Langkah Perluas Bantuan E-Dompet Bukti Kerajaan Dengar Suara Mahasiswa

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Beli-Belah Dalam Talian Melalui Peranti Mudah Alih Naik 2 Kali Ganda

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Beca Melaka Guna E-Dompet Touch 'N Go

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Teliti Semula Penggunaan Kredit ePemula, Benarkan Pembelian Atas Talian

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad