web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teliti Semula Penggunaan Kredit ePemula, Benarkan Pembelian Atas Talian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:44PM

Dr Kelvin Yii Lee Wuen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meneliti semula kaedah penggunaan e-tunai berjumlah RM150 dalam program ePemula dengan membenarkan kredit tersebut untuk pembelian dan transaksi secara atas talian.

Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, ketika ini semakin banyak barangan termasuk buku dan keperluan pelajar boleh dibeli secara dalam talian.

Katanya, langkah tersebut juga bagi memenuhi keperluan pelajar di kawasan yang menyediakan kedai fizikal tanpa pilihan pembayaran e-dompet termasuk di kawasan luar bandar.

“Kerajaan mesti membuka lebih banyak ruang kepada pelajar untuk membelanjakan wang ini.

“Ini termasuk memudahkan mereka yang tinggal dan belajar di kawasan yang mana kedai jarang menerima pembayaran e-dompet,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Kelvin yang juga Ahli Parlimen Kuching, bantuan tersebut mempunyai had tertentu dan pembayaran perlu dibuat dengan mengimbas kod QR peniaga di kaunter kedai.

Katanya, isu tersebut boleh dielakkan jika kerajaan mengambil pendekatan lebih proaktif dan terancang dengan menyampaikan keseluruhan inisiatif itu sendiri.

“Kerajaan juga mesti mengikuti perubahan zaman dan mengetahui platform digemari golongan belia untuk membeli sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan seharian mereka.

“Mereka juga sepatutnya membantu memudahkan kedai fizikal terutamanya di kawasan luar bandar, separa luar bandar untuk menerima pakai dan menerima pembayaran tanpa tunai sebelum inisiatif tersebut dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan boleh membantu dan memberi insentif kepada peniaga untuk menyesuaikan diri supaya mereka boleh memanfaatkan hasil tambahan yang disediakan melalui inisiatif itu.

“Atas sebab itu saya menggesa kerajaan membuka dan membenarkan pemberian e-tunai itu digunakan untuk transaksi dalam talian.

“Seterusnya kerajaan wajar turun padang untuk membantu memudah cara dan menyediakan sokongan kepada lebih ramai peniaga tempatan untuk beralih kepada lebih banyak e-pembayaran tanpa tunai,” katanya.

Terdahulu, ramai penerima bantuan ePemula kecewa apabila e-tunai tersebut tidak boleh digunakan untuk melakukan pembelian di platform ShopeePay.

Bengang dengan kaedah pembelian secara ‘offline’, #epemula menjadi trending di Twitter sejak semalam.

Jurucakap ShopeePay menerusi satu kenyataan memaklumkan penggunaan kredit e-tunai di bawah perkhidmatannya hanya akan membabitkan pembelian luar talian.

Selain itu katanya, golongan belia yang menuntut kredit tersebut di bawah perkhidmatannya akan turut ditawarkan baucar tambahan bernilai RM500, dan ia boleh digunakan termasuk untuk pembelian dalam talian pada aplikasi tersebut.

“Baucar Shopee tambahan RM500 akan terdiri daripada baucar ShopeePay bernilai RM90, Baucar ShopeeFood (RM310), baucar Shopee Mall (RM50) dan Baucar YA untuk SIM dan Data (RM50).

“Pakej ini disusun khas untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada belia untuk barangan seperti alat pembelajaran untuk pelajaran mereka, atau bekalan rumah dan keperluan penting,” katanya.

Pada Ahad, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula bermula semalam.

Menurut MOF, pendaftaran boleh dilakukan melalui satu daripada empat aplikasi e-dompet terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad