web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beli-Belah Dalam Talian Melalui Peranti Mudah Alih Naik 2 Kali Ganda

Ini amat berbeza dengan lima tahun lepas yang mana pengguna lebih cenderung membuat pembelian dalam talian menggunakan komputer meja mereka.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 12:50PM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kajian pembelian dalam talian oleh agregator e-dagang iPrice Group mendapati pembelian dalam talian melalui peranti mudah alih naik dua kali ganda berbanding komputer meja di kebanyakan pasaran di  Asia Tenggara.

Ini amat berbeza dengan lima tahun lepas yang mana pengguna lebih cenderung membuat pembelian dalam talian menggunakan komputer meja mereka.

"Secara purata, lima peratus pengunjung ke laman iPrice dibuat melalui peranti mudah alih dan diimuktamadkan dengan transaksi berbanding hanya tiga peratus pengunjung yang menggunakan komputer," katanya dalam satu kenyataan.

iPrice berkata Indonesia mendahului senarai penggunaan mudah alih bagi tujuan membeli-belah dengan 94 peratus pembeli menggunakan telefon bimbit untuk mencari produk dari 2021 hingga 2022, menokok 16 peratus berbanding 2016 dan 2017. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Pengguna peranti mudah alih mungkin membeli hampir dua kali lebih banyak barangan daripada mereka yang melayari laman membeli belah melalui komputer meja.

"Ini mewakili trend yang terbalik daripada data 2016/2017 apabila pembelian berasaskan komputer meja dibuat hampir tiga kali lebih daripada melalui peranti mudah alih," katanya. 

Sejajar dengan pertambahan penggunaan peranti mudah alih di seluruh rantau ini, Indonesia dengan pantas telah menjuarai pasaran e-dagang mudah alih sepenuhnya.

"Sebagai salah satu pengguna awal e-dompet di rantau ini, pengguna Indonesia kelihatan lebih yakin untuk membuat pembelian melalui sistem pembayaran mudah alih," katanya lagi. 

Bagaimanapun, komputer tradisional masih memainkan peranan penting dalam e-dagang terutamanya di Malaysia, Singapura dan Filipina, yang mana kadar penembusan peranti adalah tinggi. 

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Pembeli dalam talian di pasaran ini menunjukkan corak pelayaran serta pembelian yang hibrid, bergerak merentasi pelbagai platform semasa mereka merancang membuat pembelian.

Kajian 'The State of Online Shoppers in Southeast Asia 2021/22' iPrice yang dijalankan setiap tiga hingga lima tahun dibuat bagi memahami evolusi tabiat pembeli dalam talian di rantau ini.

Tinjauan ini dilaksanakan berdasarkan data daripada 125 juta pengguna unik di laman web iPrice Group yang menyokong e-dagang di enam pasaran utama Asia Tenggara (SEA) seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan