Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Langkah Perluas Bantuan E-Dompet Bukti Kerajaan Dengar Suara Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 5:55PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa yang berkelayakan menunjukkan bahawa kerajaan mendengar ‘suara’ mahasiswa selain menyedari golongan itu perlu dibantu tanpa mengira kumpulan umur.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Rasydan Mohd Hassan berkata pemberian inisiatif itu relevan sejajar dengan ambilan kemasukan mahasiswa ke universiti yang bukan sahaja terdiri daripada mereka berusia 18 hingga 20 tahun, sebaliknya ada juga melepasi peringkat umur tersebut.

“Sekiranya kita hanya mengklasifikasikan mahasiswa itu kepada beberapa peringkat umur sahaja, ia mungkin tidak adil kepada mereka yang bergelar mahasiswa tetapi tidak berada dalam kumpulan umur tersebut,” katanya kepada Bernama.

Rasydan berkata bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan  pelajar di institusi pengajian tinggi.

Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Aliff Naif Mohd Fizam pula berpendapat langkah memperluas bantuan itu merupakan pendekatan inklusif oleh kerajaan bagi memastikan kebajikan golongan mahasiswa terus terjamin.

“Inisiatif ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mendiskriminasi golongan mahasiswa yang memerlukan,” katanya.

Aliff Naif berkata mahasiswa adalah golongan yang tidak mempunyai pendapatan dan tempoh pengajian memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun, justeru keputusan memperluas golongan penerima bantuan e-Dompet itu akan membantu lebih banyak pihak.

Seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Siti Sarah Zulkifli, 24, berkata keputusan kerajaan itu dapat membantu lebih ramai mahasiswa termasuk dirinya yang sudah mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.

“Saya sudah berkahwin dan suami (24 tahun) saya di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Hotel dan Pelancongan) di sini (UiTM). Jadi bila kerajaan umum bantuan RM200 (e-Dompet) akan diperluas kepada semua mahasiswa, kami lega sebab dapat perbelanjaan tambahan yang boleh digunakan untuk pengajian dan keperluan.

“Jumlah memang tidak banyak, tetapi boleh bantu kami berdua untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Bila dah kahwin ini, komitmen kami bertambah, jadi boleh guna untuk perkara seperti itu,” katanya.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa yang berkelayakan di negara ini bagi memastikan bantuan tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.

Isu itu dibangkitkan seorang wakil pelajar pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia yang mendapati Belanjawan 2023 meletakkan kategori penerima bantuan e-Dompet berjumlah RM200 adalah individu berusia 18 hingga 20 tahun, sedangkan ada mahasiswa berusia 21 hingga 23 tahun menyebabkan tidak layak memohon bantuan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 4 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

4

Ekonomi 6 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa 15 jam yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 6 jam yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi