web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP: Najib Akan Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 12:37PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi keterangan dalam masa terdekat susulan video yang tular di media sosial yang memaparkan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa hendak memasuki Restoran Nasi Ayam Hainam Chee Meng, Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua yang terlibat juga akan dipanggil dan kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai.

"Najib didapati melanggar SOP di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tidak menjalankan imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera apabila hendak memasuki restoran itu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, orang ramai dinasihatkan mematuhi PKPB dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan lanjut diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.

Dalam pada itu, Najib menerusi entri di Facebooknya berkata, beliau akan memberikan kerjasama. Pada Jumaat, Najib mengakui kesilapannya kerana tidak mengimbas suhu dan mendaftar MySejahtera.

"Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng. Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga.

"Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian. Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya.

"Tidak mengapa. Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini. Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri PN," katanya. - Getaran, 20 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran