Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


382 Kemasukan Ke Hospital, 2 Negeri Guna Katil ICU Tertinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Apr 2022 12:10PM

Sebanyak 8,112 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu di Malaysia kini 4,325,818. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 382 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 167 kes (43.7 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 215 kes lagi (56.3 peratus), kategori 1 dan 2.

Putrajaya dan Selangor merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam.

Data menunjukkan penggunaan katil ICU di Putrajaya pada kadar 100 peratus, manakala Selangor pula 53 peratus.

Bagi penggunaan katil bukan kritikal pula, hanya Putrajaya merekodkan penggunaan melebih 50 peratus iaitu pada kadar 59 peratus. 

Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah keseluruhan penggunaan katil ICU bagi pesakit dijangkiti virus itu di seluruh negara semalam adalah 20 peratus, manakala bagi katil bukan ICU pula 24 peratus.

"Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus. 

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 110 dengan penggunaan alat tersebut sebanyak 13 peratus," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital, berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnos setiap hari.

Katanya, ia disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti.

"Pada masa sama, terdapat juga kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Sebanyak 8,112 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia kini 4,325,818.

Kategori 1 mencatatkan 3,772 kes, kategori 2 (4,284 kes), kategori 3 (29 kes), kategori 4 (10 kes) dan kategori 5 (17 kes).

Daripada 56 kes COVID-19 kategori 3 hingga 5, 17 atau 30.36 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 21 atau 37.50 peratus sudah menerima dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak.

Selain itu, sebanyak 18 kes (32.14 peratus) sudah menerima dos penggalak, 33 kes (58.93 peratus) berusia 60 tahun ke atas, 38 kes (67.86 peratus) mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.82 dengan Selangor mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.91, diikuti Negeri Sembilan (0.83), Terengganu (0.82), Johor (0.80) manakala  Melaka dan Perak masing-masing 0.79.
- Getaran, 11 April 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 14 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Politik 22 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi